Thursday, September 19, 2013

NOVEL TERBAHARU KN TERBITAN OKTOBER 2013


1. ACTUALLY, I LOVE YOU! - AZIEANA
2. MISS & MRS - LYN DAYANA
3. KUPILIH HATIMU - AREILA SAHIMI


ACTUALLY, I LOVE YOU! - AZIEANA

Sinopsis:-
Tengku Amier mula tertarik dengan Nisreen sejak pertemuan pertama di rumah orang tuanya. Nisreen kemudiannya bekerja di Dynamic Holdings yang mana Tengku Amier adalah CEO syarikat itu. Terdesak untuk mendapatkan semula tanah yang telah digadai oleh ayahnya, Nisreen terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Tengku Amier. Untuk itu dia telah membuat perjanjian bahawa perkahwinan mereka tidak akan diketahui sesiapa kecuali keluarga mereka sahaja. Kehadiran Haris, seorang duda anak satu benar benar membuatkan Nisreen buntu untuk membuat keputusan. Apatah lagi bila lelaki itu melamarnya sebagai isteri. Perlukah dia berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar? Sebenarnya… siapakah yang Nisreen cintai?

“Sebenarnya... cinta itu satu pengorbanan. Kerana aku cintakan dia, aku sanggup lakukan apa saja untuknya.”


MISS & MRS - LYN DAYANA

Sinopsis:-
Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?

Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!

Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?

Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.

“Alah... kalau kita berdua ada jodoh, kat tepi jalan pun boleh jumpa.”


KUPILIH HATIMU - AREILA SAHIMI

Sinopsis :
Daripada pertemuan pertama, kedua dan ketiga yang tidak disangka-sangka itu... langsung tak ada manisnya. Intan Nurain memang dah pangkah lelaki ini sejak mula-mula bertemu dulu. Tetapi, takdir telah membawa dia begitu dekat dengan lelaki itu. Rupa-rupanya Imran Hadi adalah pemilik sebenar rusuk kiri ini!

Kalau bukan sebab agenda tersembunyi Imran, pasti dia takkan menyesal berkahwin dengan lelaki itu. Nak terus menyesal pun dah tak ada guna. Benda dah jadi. Lagipun mereka berdua berkahwin sebab masing-masing ada motif dan agenda yang tersendiri. Daripada terus nak marah-marah dan saling menyalahkan, lebih baik berdamai. Baru aman dunia dan selesai masalah!

Oppsss!!! Rupa-rupanya masalah tak pernah selesai. Memang masalah la, kan bila hati Imran dah jatuh pada Intan. Lagi parah bila Intan lebih menunjukkan minat kepada Amir Haikal, si adik yang lebih kacak dan lebih pandai menarik perhatian para wanita di luar sana. Imran rasa hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau Rambo, kemudian disalai di atas bara api dan kemudian dicurah dengan kuah gulai lemak cili padi.

Itu belum masuk lagi cerita Lydia Natasya yang tak habis-habis mengacau rumah tangga orang dan kemunculan semula cinta-hati-tak-jadi Intan. Datin Yuhanis tu pulak siapa dan masih ada lagikah bahagia untuk mereka?

“Kupilih hatimu agar dekat dengan hatiku….”





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters