Sunday, September 1, 2013

NOVEL2 ALAF 21 bulan September 2013.



Tajuk: Calon Menantu Mama
Penulis: Amiza Anaz

Sinopsis:
Puan Rafeah pening kepala. Anak terunanya hanya Ikmal, tetapi calon menantunya ada dua orang. Cempaka dan Alisa. Satu pilihan hatinya dan satu lagi pilihan Ikmal. Istikharah sudah dibuat, pertandingan ala-ala masterchef juga sudah dirancang, namun masih belum nampak calon menantu yang sesuai untuk dipinang.

Desakan Ikmal supaya memilih Alisa membuahkan simpati di jiwanya. Namun, pujukan Mak Su Endah agar dia segera meminang Cempaka menambahkan serabut di kepala. Takkan kedua-duanya sanggup bermadu! Bila Cempaka dan Alisa sedar mereka sedang diuji, masing-masing tersentak. Alisa yang menjadi pilihan kedua mula merajuk dan membawa diri. Cempaka pula tidak mahu dicop sebagai perigi mencari timba, mengambil keputusan menjauhkan diri.

Ikmal buntu. Puan Rafeah, ibunya... Alisa pula kekasih hatinya. Jika dia memilih Alisa, banyak hati yang terluka. Tetapi, jika Cempaka jadi suri hidupnya... dia dan Alisa pasti merana. Argh, terasa sukar hidup ini! Hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati ayah.


Tajuk: Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2
Penulis: Aisya Sofea

Sinopsis:
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.


Tajuk: Bersatu Dalam Rindu
Penulis: Amna Nazia

Sinopsis: 
Camelia Haryani – Bukan duit ringgit yang menjadi pilihannya, tapi bohonglah kalau dia tidak mahu duit. Sebenarnya bukan dia mahu sangat masuk dalam keluarga kaya itu, namun dia terpaksa. Hidupnya jadi tidak menentu semenjak mengenali Ariel dan Reyna.

Reyna Natasha – Dia punya segalanya. Sekali kemahuannya dibantah, parah jadinya. Lantaran cintanya ditolak, dia membuat onar. Siapa Ariel dan Camelia? Ah... mereka hanya setumpuk debu dalam hidupnya.

Ariel Zhafran – Dia sengaja mengambil kesempatan gara-gara insiden cermin keretanya pecah. Suka benar dia mengenakan gadis polos itu. Perempuan seperti itu hanya patung mainan baginya. Titik persahabatan menjadi pemula segalanya. Benarkah pipit hanya terbang sama enggang? Tidak layakkah pipit untuk terbang bersama?



Tajuk: Dia Bukan Arissa
Penulis: Syaida Ilmuna

Sinopsis: 
Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.

“Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba.

Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah!

Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang!



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters