Sunday, September 1, 2013

NOVEL Kakinovel SEPTEMBER 2013


NOMIK SULUNG KN..NOMIK adalah hasil gabungan 2 karya kreatif iaitu novel dan komik.

Tajuk: AWEK SKUTER
Penulis: ILYA ABDULLAH

Sinopsis:
Adllea... gadis biasa yang bekerja sebagai penghantar piza. Tiada yang menarik tentang dirinya selain skuternya yang berwarna pink itu. Adllea seorang yang agak naif, lurus dan polos sedikit. Lelaki idamannya itu adalah Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Temantemanya kata dia bagaikan si pungguk yang rindukan bulan.

Dalam pada itu, dia turut berkenalan dengan adik Farith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang menjengkel hati Adllea. Shaz Ariel a.k.a 'katak' mata empat yang sukar untuk difahami perangai sebenarnya itu secara tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan berbeza pada lelaki itu. Saat Adllea mahu meluahkan perasaan di hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan.

“Kalau aku jadi pungguk, siapa agaknya si bulan itu?”


Tajuk: BUKAN ISTERI SEMPURNA
Penulis: TULIP UNGU

Sinopsis:
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”


Tajuk: MISS XL
Penulis: RINA FARIZQ

Sinopsis:-
Miss XL? Kenapa Miss XL? OMG! Tak sangka dapat title macam tu. Nama sebenar cukup indah, tapi diberi gelaran begitu. Sedihnya hati... kejamnya manusia yang menggelarkan sesama sendiri!

Tolonglah! Jangan pandang seseorang dari bentuk fizikal sahaja tapi, pandanglah dengan mata hati. Di sebalik badan yang besar, masih terdapat sekeping hati yang ingin dikasihi dan dicintai.

Perempuan gemuk bersaiz XL pun masih ada kelebihannya yang tersendiri, tau!

“Kalau di langit, kau umpama bintang yang bercahaya. Kalau di lautan, kau umpama mutiara yang menyinar. Kalau di hutan, kau merupakan kera yang bergayutan!”


Tajuk: KULI RUMAH UNTUK DIA
Penulis: AIREEN ARYANA

Sinopsis:
“Ini mata ikan, dan ini hidungnya!” –Minn

“Ini hidung?” –Syak

Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila!

Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri!

Kadang-kadang tingkah Minn Alia membuat Syakirul bersyak wasangka…

“Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat?” –Syak

“Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur?” –Minn

Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka?

Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya?

“I was so wrong, I’m sorry. Minn Alia say sorry, is it okay?” soal Minn Alia sebak.

Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.

“Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia?” – Syuhada

“For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia

“Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip cinta-cinta yang tersulam….”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters