Friday, September 20, 2013

Review novel: KUPILIH HATIMU


Novelis yang pernah popular dengan karya beliau Baju Pengantin Mak Andam, 2X5, Yes, Bos!, Iman Suraya, dan Calon Jodoh Untuk Adik kini muncul dengan karya terbaru Kupilih Hatimu. Jom layan ~

KUPILIH HATIMU

Sinopsis :

Daripada pertemuan pertama, kedua dan ketiga yang tidak disangka-sangka itu... langsung tak ada manisnya. Intan Nurain memang dah pangkah lelaki ini sejak mula-mula bertemu dulu. Tetapi, takdir telah membawa dia begitu dekat dengan lelaki itu. Rupa-rupanya Imran Hadi adalah pemilik sebenar rusuk kiri ini!

Kalau bukan sebab agenda tersembunyi Imran, pasti dia takkan menyesal berkahwin dengan lelaki itu. Nak terus menyesal pun dah tak ada guna. Benda dah jadi. Lagipun mereka berdua berkahwin sebab masing-masing ada motif dan agenda yang tersendiri. Daripada terus nak marah-marah dan saling menyalahkan, lebih baik berdamai. Baru aman dunia dan selesai masalah!

Oppsss!!! Rupa-rupanya masalah tak pernah selesai. Memang masalah la, kan bila hati Imran dah jatuh pada Intan. Lagi parah bila Intan lebih menunjukkan minat kepada Amir Haikal, si adik yang lebih kacak dan lebih pandai menarik perhatian para wanita di luar sana. Imran rasa hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau Rambo, kemudian disalai di atas bara api dan kemudian dicurah dengan kuah gulai lemak cili padi.

Itu belum masuk lagi cerita Lydia Natasya yang tak habis-habis mengacau rumah tangga orang dan kemunculan semula cinta-hati-tak-jadi Intan. Datin Yuhanis tu pulak siapa dan masih ada lagikah bahagia untuk mereka?

“Kupilih hatimu agar dekat dengan hatiku….”

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...