Sunday, September 29, 2013

Selamat hari guru....


Buat semua guru yang pernah saya kutip ilmu dari kalian, terima kasih yang tidak terhingga. Moga hidup kalian sentiasa dirahmati-Nya. Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU. :) 

 Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada bekas guru-guruku... Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau titipkan kepadaku akan aku hargai dan tidak akan aku lupakan... 

Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,
            Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
            Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
            Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
            Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
            Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
            Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
            Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

 esok berpeluanglah kita menyambut tarikh yang amat penting dan sangat bermakna kerana mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara.

            Pepatah Melayu ada berkata “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain”, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan dan sebagainya.

Tema hari guru tahun ini, Guru Berwawasan Penjana Modal Insan
Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi dan menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru-guru bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina. 

            Segala kejayaan yang saya kecapi semalam, hari ini dan esok terletak pada tugas yang digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu tugas yang mulia dan murni. Guru telah mendidik saya dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu. terima kasih cikgu...:) 

            Segala pengajaran yang diberikan oleh semua guru amat saya hargai. Akan saya  gunakan segala ilmu yang telah disampaikan untuk membina jati diri. Seterusnya, berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta... 

           Cikgu,
            Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,
            Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,
            Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,
            Terima kasih cikgu. ;)

            Sebelum saya menutup tirai, saya  ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan saya dan seterusnya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru 2013” kepada semua bekas guru-guru dan guru yang mengajar saya selama ini. Segala pengorbanan cikgu akan saya  semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.

Sekian~ 




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters