Thursday, October 10, 2013

NOVEL TERBAHARU KN TERBITAN NOVEMBER 2013



1. SETIAKU UNTUKMU - SUE ISMA
2. MENANTU DATIN IZZAH - ALINA HAIZAR
3. TIKA CINTA BERSUARA - EILA IRAIENA



MENANTU DATIN IZZAH

Sinopsis:-
Ain Safiah sepatutnya menemani anak lelaki dan emak Datin Izzah selama sehari dua semasa pemergian Datin Izzah ke Melbourne sementara menunggu pembantu rumah baru tiba. Tetapi semua orang menyangka Ain Safiah ‘Neng’,pembantu rumah baru. Walaupun tidak biasa dengan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga orang sakit dan orang tua, kerana kasih sayangnya, Ain Safiah tetap tinggal dirumah Datin Izzah.Di situ Ain Safiah mengenali keempat-empat anak lelaki Datin Izzah. Amar Haziq, Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz. Ada yang dapat terima dan menyayanginya dan ada yang kerek, suka menyusahkan hidupnya. Dalam pada itu Ain Safiah jatuh hati dengan salah seorang anak lelaki Datin Izzah. Tetapi, tidak berbalas, hingga Akhirnya dia pergi membawa diri.Datin Izzah begitu terharu dengan keikhlasan Ain Safiah menjaga Aiman Sabri dan nenek hinggakan dia nekad untuk jadikan Ain Safiah sebagai menantunya. Tetapi,bagaimana mahu mencari Ain Safiah?

“Adakah sudah terlambat untuk kau tahu yang aku sebenarnya mencintaimu?”



SETIAKU UNTUKMU

Sinopsis:-
Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kerana cinta, kesetiaan dilafazkan dan kerana cinta juga perpisahan terjadi antara mereka.Aimuni hilang ingatan apabila terlibat dengan kemalangan bersama Ariel setelah beberapa jam sah menjadi isteri lelaki itu. Mereka terpisah jauh dan Ariel hampir kehilangan pedoman hidup kerana kehilangan isteri tercinta.Addi pula cuba menyalurkan semangat buat sahabatnya. Ariel bangkit demi untuk hidupnya dan Aimuni.Dia perlu mencari isteri kesayangannya itu dan ternyata jodoh mereka sangat kuat. Baru sahaja mereka mahu mengecap bahagia, rumah tangga mereka diuji dengankehadiran orang ketiga.Ariel tersepit di antara sebuah cinta dan permintaan. Jika diberi pilihan, dia hanya mahu setia kepadaAimuni. Jika dia diberi umur yang panjang, dia memilih untuk mati bersama Aimuni. Namun dia sedar, pilihan itu memerlukan sebuah pengorbanan.

“Kesetiaanku ini lahir kerana cinta yang telah kauberikan kepadaku.”



TIKA CINTA BERSUARA

Sinopsis:-
Atika Azlea dan Sarah Umairah, meskipun dilahirkan dari rahim yang berbeza, kasih sayang antara mereka begitu kukuh sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati. Cinta yang mengaburi mata hati menyebabkan Sarah kehilangan seluruh hidupnya dan membawa dia jauh dari Atika. Mimpi yang bertandang dan rindu yang menggunung akhirnya memaksa Atika mengubah pemdirian hati untuk kembali semula ke pangkuan Sarah. Kegembiraan yang dirasa bertukar menjadi mimpi buruk bila rahsia yang tersimpan terbongkar.Biarpun tersentak dengan berita kematian Sarah, Atika tekad untuk menuntut bela atas kematian saudaranya itu. Sekalipun nyawanya terpaksa digadai, dia tetap akan pastikan yang pembunuh itu membayar segala ‘hutangnya’. Asyraf Rizman, peguam muda anak sahabatayahnya… Firdaus Helmi, saudara tercinta yang sama-sama membesar dan Inspektor Zaquan, pegawai kacak yang mengendalikan kes Sarah, dengan kehadiran mereka segalanya dirasakan seperti mudah namun tanpa dia sedar, ada rintangan yang akan melanda.Mampukan dia mengharungi semua dugaan dalam mencari dalang di sebalik apa yang berlaku? Dan siapakah dia pembunuh sebenar yang dicari?.

“Bila mimpi datang bertandang… tirai rahsia yang tertutup, tersingkap tabirnya.Bila kasih memanggil pulang…rahsia yang tersimpan, terbongkar kebenarannya.”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters