Thursday, October 10, 2013

Novel Karya Seni Oktober 2013


Tajuk: Dicintai Atau Mencintai. 
Penulis: Myra Ameer 
Terbitan: Karya Seni

Sinopsis:
Kata orang, cinta itu manis macam madu tapi baginya cinta itu lebih manis daripada itu… Kata orang, terluka itu pahit tapi baginya terluka itu perit…

Sengal, mental dan gila. Itu gelaran untuk lelaki yang bernama Mohd Zariq Asyraf. Bagi Qyra, pertemuan dengan lelaki itu sangat menjengkelkan dan menyampahnya kepada lelaki itu tidak terluah dengan kata. Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka mula bekerjasama.

“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” – ZARIQ

“You cakap dengan I ke?” – QYRA

“Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” – ZARIQ

“Your driver tu bukan orang ke?” – QYRA

Bagi Zariq, gadis yang bernama Qyrana Najwa itu pula seorang yang perasan bagus. Perangai tak semenggah dengan rupa. Mulut pula ya ampun, bukan main berbisa apabila berbicara. Satu yang disoal tapi sepuluh yang dijawabnya. Kalau disuruh memilih, gadis seperti itu memang tidak akan tersenarai langsung sebagai calon pilihan. Titik!

Namun perancangan Allah, tiada siapa yang dapat menduga. Akhirnya dalam asyik bergaduh, rupa-rupanya ada sayang dalam hati masing-masing…

“Love you like crazy.” - ZARIQ

“Tak apa. You gilalah sorang-sorang, nanti I cari boy-friend lain.” – QYRA



Tajuk: Masih Aku Sayang.
Penulis: Umi Kalsom 
Terbitan: Karya Seni.

Sinopsis:
FARAH FIRDAUS terus membiarkan kenangan lama memenjara jiwanya. Dia tidak sanggup hendak melepaskan sayang itu. Namun dia harus pergi meninggalkan cintanya hanya kerana sebuah rasa.

Aturan takdir, tiada siapa yang dapat ingkari. Farah dan Fattah disatukan menjadi suami isteri dan Farah benar-benar mengecapi bahagia. Namun sekali lagi takdir menguji menjadikan Farah sendiri tanpa Fattah di sisi sebagai suami.

Dan kehadiran Kamal mula menyesakkan minda dan hatinya.

“Aku masih sayangkan kau.” – KAMAL

Hendak dilayan rasa cinta yang pernah wujud dalam hati, Farah tidak betah. Tambahan pula dengan kebencian Lela, adik iparnya, menambahkan luka dalam jiwa. Tidak cukup dituduh sebagai perampas kekasih, dikatakan diri Farah berskandal dengan duda pula!

“Aku ni tak dikira curang dengan Fattah ke?” – FARAH FIRDAUS

Itu juga yang menghantui minda Farah apabila semua orang mendesaknya untuk berkahwin semula. Farah buntu tetapi dia tahu, dia harus memilih dan siapakah pilihannya itu?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters