Thursday, October 24, 2013

NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF OKTOBER 2013




Tajuk: AWEK PISANG GORENG
Penulis: Syah Shah
Muka Surat : 504
Terbitan: Idea Kreatif

Sinopsis :
Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya. 

‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’

Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’. 

“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.

Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng.

“Husna sayang...”- Daus aka Firdaus

“Awak ni laa kan...” - Husna

“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus

Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba.

“Firdaus...Don’t walk away now. - Husna 

Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri?

Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA





Tajuk: SWEETNYA DIA
Penulis: Maznie Darnisya
Muka Surat : 500
Terbitan: Idea Kreatif

Sinopsis :
Tatkala melihat Laily yang memanjat kerusi sambil mengendap di luar jendela, hati Zarif sudah mula jatuh suka. Debaran tiba-tiba datang melanda. Apakah rasa itu bernama cinta?

“Nak mengendap anak teruna handsome kat sini ke?” - Zarif
“Eh! minta maaf sikit yer, jangan nak perasan boleh tak?” - Laily

Pertemuan demi pertemuan yang sengaja dicipta Zarif selepas itu buat Laily keliru, siapa sebenarnya lelaki itu?

“Saya bawa lori jer.”- Zarif
“Kot yer nak jadi penipu bersiri pun agak-agaklah. Bawa lori pakai BMW. Lori apa?” - Laily

Sweetnya Zarif dalam berbicara, manisnya Zarif tatkala tersenyum buat hati Laily mencair. Pun begitu, kekacauan yang ditimbulkan Alisa dan rahsia yang disimpan Zarif buatkan Laily hilang rasa percaya. 

Menerima Zarif sebagai suami kerana dendam bukanlah langkah yang bijak untuk Laily kerana sweetnya Zarif tatkala memujuk terus menukar dendam menjadi sayang. Kalau hati kata cinta, racun pun boleh saja jadi manis.

‘Jari ini mungkin tidak selalu bisa menyentuh Laily, mata ini mungkin tidak selalu bisa melihat diri Laily, raga ini mungkin tidak selalu bisa menemani diri Laily, tetapi yakinlah bahawa di hati ini hanya ada diri Laily, selamanya…’

Akan kekal bahagiakah rumah tangga mereka apabila ada pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan? Bila ujian datang melanda dan keraguan mula beraja, hanya kesetiaan yang perlu diambil kira.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...