Thursday, October 24, 2013

NOVEL TERBITAN PENULISAN2U OKTOBER 2013



(NOVEL TERBARU) DIA ISTERI LUAR BIASA - Umie Nadzimah & AKU MAHU KAMU - Alfa Syamimi



Tajuk: Dia… Isteri Luar Biasa
Penulis: Umie Nadzimah
Terbitan: Penulisan2U

Sinopsis:
SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya. 



Tajuk: Aku Mahu Kamu
Penulis: Alfa Syamimi
Terbitan: Penulisan2U

Sinopsis:
Siapa kata junior mesti cinta dengan senior walaupun meminatinya? Itu yang berlaku antara Widya Solehah dan juga Izzat Amir. Widya Solehah, pelajar junior yang suka menyendiri dan pasif tetapi suka curi-curi pandang melihat Izzat Amir. Hanya meminatinya dalam diam, Solehah menerima kata-kata pedas daripada senior pujaannya.

“Okey. Aku just nak nasihat. Cuma secebis nasihat. Hubungan kat alam sekolah ni jarang yang kekal lama. Yang clash tanpa sebab pun ada…”

“So?”

“So, jangan berangan la nak couple ke, apa ke dengan aku.”

“Abang Izzat… Saya tak pernah pasang angan nak bercintan-cintun dengan orang macam abang ni. Not my taste.

Sejak itu, daripada mengintai dalam diam, dia hanya menjeling apabila bersua muka. Tapi kata orang, kalau sudah jodoh, lari ke hujung dunia pun tak ada gunanya, kan? Mereka ditemukan semula ketika Solehah berada di menara ganding. Namun, kali ini Izzat Amir yang menghulurkan perkenalan semula

Sejauh mana Solehah cuba mengelak, Izzat Amir sentiasa ada di sisinya. Izzat Amir juga telah menjadi penyelamat kepada dirinya yang hampir-hampir membuatkan dunianya gelap. Akhirnya hubungan mereka menjadi akrab dan bunga-bunga cinta mula berkembang dalam taman hati.

Tapi ternyata, hubungan Widya Solehah dan Izzat Amir tak semudah yang disangka. Kerana kesilapan Izzat Amir yang sukar mengawal nafsu... Kerana kesilapan lampau along... Kerana hubungan kawan baik yang disalah tafsir... Pelbagai konflik yang mendatang. Dan apakah takdir mereka?

“Memang kita tak tahu apa takdir kita pada masa depan. But I dare to say that I’m the Adam. The Adam in your mind once. That Adam yang pimpin tangan Hawanya melalui sepanjang liku hidup ni...” – IZZAT AMIR



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters