Thursday, October 10, 2013

Novel Terbitan Penulisan2u September 2013


Tajuk: Kerana Mahalnya Syurga
Penulis: Imi Hafimi
Terbitan: Penulisan2U

Sinopsis:
Alex, seorang lelaki yang terlalu sayangkan keluarganya serta sanggup berkorban apa saja demi mereka.

Abangnya Raymond pula merupakan seorang lelaki yang liar. Namun siapa sangka pada satu malam kejadian yang menginsafkan, Raymond boleh terdetik untuk memeluk Islam hanya kerana seorang perempuan misteri yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya. Perempuan itu adalah Umi Zafwa!
Gara-gara tindakan nekad Raymond berhijrah memeluk agama Islam, ayah mereka jatuh sakit dan menemui ajalnya tidak lama selepas itu. Nasib yang sama juga menimpa ibu mereka. Semua itu cukup untuk membuatkan Alex membenci abang kandungnya sendiri lebih-lebih lagi Umi Zafwa!

Sejak itu, Alex berubah menjadi seorang lelaki yang zalim. Dia mula menaruh dendam terhadap Umi Zafwa kerana baginya, Umi Zafwa lah yang menjadi punca keluarganya porak-peranda. Dalam keadaan yang memerangkap, Umi Zafwa akhirnya terpaksa menjadi isteri Alex kerana memang itu rancangan Alex yang mahu menyeksa hidupnya!
Dugaan datang bertimpa-timpa apabila Umi Zafwa yang baru selamat melahirkan, dengan rela hati menghumban dirinya sendiri ke dalam penjara atas nama pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Dengan berat hati, Umi Zafwa terpaksa melepaskan anaknya di bawah jagaan suaminya yang kejam!

“Abang... Umi harap abang dapat jaga anak kita dengan baik. Suapkanlah dia dengan ilmu agama supaya hidupnya terjamin. Paling penting, jangan biarkan masa depan anak kita ni hancur sebagaimana hancurnya hidup saya bang. Abang janji ya, bang. Janji pada saya untuk jaga anak kita baik-baik. Janji ya, bang. Inilah satu-satunya permintaan saya. Permintaan terakhir saya sebelum nyawa dan badan saya terpisah di tali gantung...” –Umi Zafwa

“Soal anak kau ni, kau tak payahlah nak ingatkan aku. Aku tahu lah nak ajar anak kesayangan kau ni dengan cara aku sendiri! Sebagaimana kau hancurkan kehidupan aku dan keluarga aku tak lama dulu, macam tu jugalah aku akan hancurkan hidup anak kesayangan kau ni!” -Alex

Apakah Alex akan mengotakan janjinya? Bagaimana pula dengan nasib Umi Zafwa sendiri? Sampai bilakah dia perlu terkurung di dalam penjara sempit itu?


Tajuk: Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro!
Penulis: Syima Syawal
Terbitan: Penulisan2u

Sinopsis:
Ingat orang cantik saja ke yang boleh nikmati rasa cinta?

“Happy birthday to you… Happy birthday to you… Happy birthday to you...”

Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya sebelum ini… namun berbeza tatkala irama dan lagunya bertukar menjadi… 

“Aku terima nikah Mira Maira binti Amir…”

Ketika dia menginjak usia 19 tahun, MIRA MAIRA rasa bingung, keliru dan pasrah. Dengan rasminya dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama ALIF HAZRIQ BIN DATO MUSTAFFA HARUN, CEO sebuah syarikat produk kecantikan.

Adakah gadis sepertinya yang bertubuh kurus, berkulit hitam manis, hidungnya pula tidak mancung sepertimana model iklan syarikat suaminya akan dapat memiliki suami yang begitu sempurna? Mampukah mereka melayari bahtera yang tiada arah tujuannya? Dan jika itu takdir mereka… berjayakah Alif Hazriq membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira seadanya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters