Thursday, October 10, 2013

Terbitan karya seni september 2013


Tajuk: PEMEGANG WATAK CINTA
Penulis: Nurrul Shuada

Sinopsis:
“Hah!!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa, bu! Wafa dah jadi pembunuh.”

Dan dari situ segalanya bermula...

WAFA AMANI. Gara-gara rasa cuaknya, dia mula mencipta pembohongan. Identiti Tengku Aakif Nawfal ditukarnya menjadi Ali, seorang lelaki biasa.

TENKU AAKIF NAWFAL. Seorang pewaris syarikat hartanah yang hilang identiti diri angkara musuh dalam selimut. Dunia barunya hanya bersama keluarga kecil Wafa Amani. Tanpa disangka, berlaku suatu peristiwa yang memaksa dia dan Wafa Amani bersatu.

Apabila seorang cikgu Matematik yang garang, kedekut dan digelar harimau jadian tapi comel persis Heliza terpaksa menjadi pemegang cinta buat Tengku Aakif Nawfal, seorang lelaki hilang ingatan, apa yang akan jadi?

“Awak, keluarlah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” – WAFA AMANI

“Kalau bilik air kat dalam rumah ni tak boleh mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” – TENKU AAKIF NAWFAL

“Eee, geram betul aku dengan mamat ni! Yang famili dia pun tak reti-reti nak datang kutip ahli keluarga dia yang sesat di dalam rumah ni ke?” – WAFA AMANI


Tajuk: RASA YANG TERTINGGAL
Penulis: Siti Khadijah
Terbitan: Karya Seni

Sinopsis:
“Aku tak suka campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sahabat. Itu pendirian aku yang takkan aku padam.”

Kerana prinsip tersebut, TUAN RYAN ZHARIFF memendamkan perasaannya yang sebenar terhadap gadis tersebut. Gadis itu sukar untuk didekati menyebabkan gadis itu amat berlainan pada pandangan matanya. Ryan mula mendekati UMMU BALQIS melalui hubungan persahabatan tapi pada masa yang sama dia memberikan janji kepada gadis lain.

Namun, takdir berkehendak lain apabila mereka terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan sendiri.

“Qis, macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan kenapa kau pakai cantik-cantik ni?”

“Aku rasa kau salah rumah, Ryan. Yang sepatutnya datang sini suami aku, Zhariff. Bukan kau.”

Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan, mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang sukar. Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu kepada gadis lain. Tetapi pada Ryan Zhariff, rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Adakah benar kata orang, antara lelaki dan wanita tidak akan wujud istilah kawan baik?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters