Friday, November 22, 2013

5 ‘spot’ makan menggemukan kamu!


Sedarkah kamu sebenarnya ada 5 tempat atau ‘spot’ yang boleh menyebabkan berat badan kamu bertambah sekirannya kamu menikmati kesedapan makanan di kawasan itu. antaranya ialah

☛   DI DALAM KERETA
Jika kamu makan sambil memandu, ternyata fokus kamu lebih kepada jalan raya. Jadi, kamu pasti tidak akan sedar berapa banyak makanan yang telah kamu masukan ke dalam mulut.

☛   BERDIRI DI DAPUR
Hindari daripada ‘curi-curi makan’ ketika memasak. Ini akan membuatkan kamu semakin lapar dan faktor kamu makan banyak semakin meninggi. Seeloknya hidangkan makanan di dalam pinggan dan duduk di meja makan bukannya dengan berdiri .

☛   DI DEPAN TV
Menonton iklan-iklan di televisyen akan membuatkan kamu ‘lapar mata’ kemudian cenderung untuk membuatkan kamu lebih berselera dan membazir.

☛   DI MEJA KERJA
Daripada makan sambil membuat kerja, lebih baik jika kamu ambil 15 -20 minit ke pentri, dengan itu kamu mudah mengawal berapa kali suapan kamu.

☛   DI ATAS SOFA
Dari fungsinya sahaja, jelas-jelas sofa bukan di khususkan untuk di jadikan tempat makan. Jika melakukannya, kamu pasti akan jadi lebih malas dan pemalas. Oleh sebab metabolism yang lemah, kemungkinan besar segala sisa makanan yang kamu ambil akan berkumpul hingga menjadi sebahagian daripada lemak.

Menakutkan bukan ? Jadi, apa kata lebih elok jika kamu makan di meja makan kerana sekurang-kurangnya kamu tahu dan boleh mengawal segala suapan yang kamu ambil. Malah ia juga membantu kamu mengawal berat badan.

sharing is caring :)
sumber : REMAJA 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters