Friday, November 22, 2013

Cerahkan wajah dalam masa 1 minggu!



Perempuan sering idamkan kulit bersih dan menawan. Malah tidak kurang juga dengan angan-angan untuk miliki kulit yang putih dan mulus. Namun, dengan cuaca yang panas terik dan sinar matahari yang menular mampukah kita miliki kulit yang cerah dan bersih seperti itu ??

Ya,sudah tentu!!

Caranya mudah sahaja, asalkan kamu komited dan tidak putus asa lakukan segala tip yang kami berikan ini, kamu boleh miliki kulit seperti yang di idamkan.

☛   RAJIN BERSIHKAN MUKA
Selepas seharian melakukan aktiviti di luar, pastikan kamu bersihkan muka menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Lakukan amalkan ia di waktu pagi dan selepas beraktiviti secara teratur dan berdisiplin.

☛   LAKUKAN URUTAN
Ketika mencuci muka gunakan kedua tangan kamu untuk memicit-micit dan mengurut lembut di bahagian muka kamu untuk melancarkan aliran darah. Mulakan urutan di kawasan pipi kemudian perlahan-lahan ke bahagian dahi dan akhiri di bahagian dagu dan leher.

☛   SCRUBING TIME!
Selalunya punca kulit nampak kusam dan tidak bermaya adalah kerana adanya kulit sel mati di kawasan muka. Cara terbaik untuk menyingkirkannya adalah dengan menggunakan teknik scrubing. Ia bukan sahaja menangalkan kulit mati kamu malah, ia juga boleh menangalkan segala kotoran yang melekat pada wajah! So, selamat mencuba!

☛   AMALKAN PENGGUNAAN SUNBLOCK!
Jika kamu seorang yang suka beraktiviti di luar, apa kata amalkan penggunaan sunblock untuk melindungi kulit kamu daripada pancaran matahari yang berlebihan.

☛   GUNA MASKER
Masker juga boleh di jadikan altenatif untuk kamu menyingkirkan sel mati yang ada pada wajah kamu. Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandaungannya menyerap ke dalam kulit wajah. Kandungan ini biasanya boleh memutihkan kulit, menyegarkan, memberi nutrisi dan hilangkan tompok-tompok hitam di wajah.

sharing is caring :)
sumber : Remaja


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters