Friday, November 22, 2013

Elakan rambut bercabang & kering!

“Oh my god! Rambut bercabang dan kering lah pulak! Dah la lagi dua hari sahaja nak raya, tak kan lah aku nak beraya dengan rambut macam ‘singa’ ni ?!”

Pernah tak kamu mengalami situasi seperti ini ? Time-time nak raya pulak lah dia buat hal kan? Maklumlah, fitrah manusia nak nampak cantik di pagi raya kan ?

Dah, jangan kusut-kusutkan diri. Kami ada jalan penyelesaian untuk kamu ikuti dalam masa 2 hari ini..

1) PAKAI SYAMPU TANPA ALKOHOL
Pastikan sewaktu kamu mandi, kamu tidak memakai syampu yang mengandungi bahan alkohol. Ia bukan sahaja akan memberi kesan yang tidak sihat pada rambut, ia juga boleh mengakibatkan rambut kamu kering hingga nampak tidak sihat. Jadi, lebih elok sekirannya kamu menggunakan syampu yang mengandungi bahan-bahan semula jadi

2) KERINGKAN RAMBUT SECARA SEMULAJADI
Buat masa ni jangan sesekali berani menggunakan alat pengering rambut! Seriously, biarkan rambut kamu kering secara semula jadi. Amalan blow rambut tidak elok di jadikan rutin, ia akan merosakkan dan lebih mengeringkan rambut kamu.

3) POTONG RAMBUT BERCABANG
Tiada salahnya jika kamu trim sedikit hujung rambut kamu yang bercabang atau ‘berbuah’ itu. Jangan di simpan rambut yang tidak sihat. Lebih elok sekirannya kamu ke salon dan minta tukang gunting rambut itu potong rambut kamu sekurang-kurangnya satu inci.

4) BUAT RAWATAN RAMBUT
Sebelum tidur apa kata kamu ikut beberapa petua yang boleh di percayai seperti ambil kuning telur, kemudian campurkan dengan tiga sudu teh, minyak zaitun, dan satu sudu madu. Kacau sehingga rata, dan sapukan ke rambut. Biarkan selama 30 minit dan bilas.

5) GUNAKAN PERAPI RAMBUT
Setiap kali lepas membasuh rambut, jangan lupa pakai perapi rambut atau serum. Ia akan membuatkan rambut kamu nampak berminyak, berkilat dan tentu lebih sihat berbanding biasa! Tetapi awas, jangan sapu perapi atau sirum itu terus ke kulit kepala ya! Takut nanti berkelimumur pula!

Jadi, jangan risau cubalah dahulu, sekirannyanya masih sama apa kata pergi ke salon dan buat rawatan rambut dengan segera. Tiada salahnya berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan diri. Betul tak ?

Jadi selamat mencuba!

SHARING IS CARING :)
SUMBER : REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters