Friday, May 30, 2014

Novel terbitan alaf21 JUN 2014





SINOPSIS :
Cinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita dan kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata dan janji. Kerana kecewa, dia serik untuk bercinta lagi.

Namun demi kasihkan ibunya, Kamilia rela menjadi isteri Zamri. Dia cuba membuka pintu cinta seluas-luasnya. Tapi, lelaki itu terlalu cemburu atas alasan kerana sayang. Dia rimas bila hidupnya bagai remote control. Akhirnya, mereka berpisah.

Walau hati terluka, Kamilia terus mencari cinta sejati. Takdir yang tersurat, dia jatuh cinta dan berkahwin dengan Nik Arif. Perkahwinan tanpa restu itu menyebabkan hidupnya lebih menderita kerana suami yang tidak mampu berlaku adil. Sekali lagi dia melangkah pergi. Saat terkapai-kapai mencari bahagia, Kamilia bertemu semula dengan Dani. Mereka kembali mengikat janji. Sayangnya... ketika langit diterangi tujuh warna cinta, tiba-tiba petir menyambar. Cinta Kamilia dengan Dani gugur satu per satu.


SINOPSIS :
Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak.

Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.

Jade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka.

Eisya dalam dilema untuk menerima ‘tawaran cinta’ kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!



SINOPSIS :
Ada orang kata, mana mungkin dinamakan cinta kalau hanya kenal dalam masa satu hari. Ya ke? Namun, Hani dan Azeem bukanlah orangnya. Pertemuan depan pondok pak guard sedekad yang lepas membuahkan rasa cinta pandang pertama mereka.
Dalam satu hari, Hani dan Azeem mengikat janji setia. Tiba harinya, lelaki itu menghilangkan diri. Hani melopong sendirian. Dia pasrah tetapi sisa rindu bercampur geram dan bengang itu terbawa-bawa sehingga sedekad lamanya!
Kehadiran Nazmi pula tidak mampu menutup rasa ingin tahu Hani terhadap Azeem. Doanya dimakbulkan.
Bulat mata gadis itu apabila Azeem muncul kembali sebagai pengurus pembinaan spa milik mamanya. Mereka kenal. Mereka tahu tetapi kenapa mereka berpura-pura?!
False alarm! Azeem dan Hani terpaksa menjalankan misi mereka yang tersendiri!


SINOPSIS :
Saat orang lain sibuk mengejar ilmu, Emili lebih suka melayan cinta monyetnya. Alangkah indah jika dapat menjadi isteri pada hero pujaan. Namun, tidak bagi Fahim. Maruah keluarganya harus ditebus. Dia mesti belajar hingga ke pringkat tertinggi. Bab nikah kahwin ditolak ke tepi dulu.

Demi mencapai impiannya, Emili sanggup bertukar agama. Diketepikan keluarga pun tidak mengapa, asalkan hati Fahim berjaya dimiliki. Di Newcastle, Fahim gelisah. Permintaan Nur Amili Abdullah sukar untuk ditunaikan. Tapi, demi agama suci, dia rela memikul tanggungjawab. Amili harus dinikahi!

Bahagia atau derita, kemudian boleh fikir. Kalau Amili benar-benar cinta, mesti dia sanggup tunggu. Jika tidak, terserah!





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters