Friday, November 22, 2013

9 Makanan Yang 'NO' Sebelum Tidur!


Tidak di nafikan, golongan muda memang mempunyai nafsu makan yang membuak-buak. Tak kira masa, baik awal pagi hinggalah ke lewat malam.

Adakalanya saat-saat terakhir nak merebahkan badan di atas katil, ada sahaja yang bermain di fikiran hinggakan boleh menyebabkan perut lapar dan akhirnya kita kedapur untuk dapatkan makanan.

Hmmmm, sebenarnya jangan di layankan sangat nafsu tu. Namun jika kamu terpaksa juga tak menjadi masalah untuk alas perut Cumanya hati-hati dengan apa yang kamu ambil. Pastikan makanan itu berkahsiat dan tidak membahayakan kesihatan badan.

Jom ketahui 9 makanan yang WAJIB dielak sebelum tidur.

1)      KOPI : Kopi mengandungi kafein yang tinggi, kalau dah namanya kefein dah tentu ia akan menyebabkan kamu sukar tidur. Bukan itu sahaja, ia juga bersifat diuretic, yang mendorong kamu untuk kerap ke tandas. Bila mata susah nak lelap, asyik ke tandas sahaja dah tentu kamu mudah terasa lapar. Akhirnya kamu akan makan apa sahaja yang ada termasuklah junk food. Jadi jangan terkejut jika tiba-tiba berat badan kamu naik mendadak.

2)      COKLAT : Memang betul, makan coklat boleh membuat hati terasa tenang dan gembira. Namun, coklat juga tidak sesuai di makan sebelum tidur kerana ia juga mengandungi kafein dan gula yang tinggi. Bila kandungan gula sudah tinggi di dalam badan, secara automatiknya kamu akan mudah terasa lapar. Akibatnya, lagi banyak kamu makan adalah.

3)      MAKANAN PEDAS :  Makanan pesas memang sedap. Tetapi, memang silap besar jika kamu makan sebelum tidur. Kandungan cili dan rempah ratus akan menyebabkan perut kamu meragam dan besar kemungkinan menyebabkan kamu mengalami heartburn (rasa pedas di dalam dada). Bukan itu sahaja, ia juga turut meningkatkan tenaga badan kamu. Hmmm, takut-takut nanti ada yang berkemas rumah dan bersihkan tandas tengah malam! Hehehe.

4)      BURGER : Kamu pasti tahu burger mempunyai kandungan lemakdan kalori yang tinggi. Jadi, tentulah jika kamu makan sebelum tidur ia akan memberi kesan dan masalah pada perut. Malah gabungan daging dan burger juga boleh menyebabkan heartburn. Jadi, untuk mendapatkan tidur yang nenyak dan segar ke esokan harinya. Elakkan mengambil burger sebelum kamu tidur.

5)      KACANG & BIJIRIN : Tidak di nafikan, kacang dan bijirin memang kaya dengan protein dan serat. Tetapi makanan seperti kacang buncis, kacang hijau dan sebagainya tidak bagus di makan sebelum tidur. Makanan seperti ini mengandungi gas atau senang kata menyebabkan angin dalam badan hingga boleh menganggu keselesaan perut. Kalau nak makan, makanlah di waktu makan tengah hari ataupun makan malam.

6)      KEJU : Jika kamu seorang yang alah kepada laktosa dalam susu, maka keju adalah makanan yang wajib di elak sebelum tidur. Jika tidak, Ia masih di larang! Ini kerana ia akan menyebabkan perut kamu terasa sesak dan mual.Lagipun keju mempunyai kandungan kalori dan lemak paling tinggi, jadi jika kamu kerap ambil nanti badan kamu akan bertambah bulat!

7)      FRENCH FRIES : Siapa yang tak suka French fries ni kan? Lagi-lagi waktu melepak dengan kawan-kawan. Memang terbaik! Tetapi, perlu di ingat. Ia adalah salah satu makanan yang berbahaya. Kandungan minyak akan menyebabkan lemak terkumpul dalam badan dan jangan terkejut jika kandungan kolestrol kamu akan bertambah juga. So, Say “NO!” with this food!

8)      SODA : Zaman sekarang golongan muda memang suka meminum minuman bersoda. Well, tak nafikan minuman ni memanglah sedap! Tetapi harus di ingat, air bersoda mempunyai kandungan gas dan gula yang terlalu tinggi. Ia boleh menyebabkan kandungan gula naik secara mendadak dan akhirnya menyebabkan kamu merana seluruh hidup. Jadi kawallah pengambilan minuman seperti ini sebelum tidur. Gantikan ia dengan air mineral atau susu.

9)      AISKRIM, BISKUT, KEK & GULA-GULA : Pastikan sebelum tidur kamu tidak di ganggu dengan nafsu memakan semua benda manisan seperti aiskrim, biskut, kek dan gual-gula. Kandungan gula dalam kedua-dua makanan ini akan menyebabkan kamu sukar tidur tambah lagi dengan kadar tenaga yang meningkat.sebaliknya, gantikan dengan makanan buah-buahan.


sharing is caring :)
sumber: REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters