Friday, November 22, 2013

Kesalahan dalam merawat jerawat!


“Kalau muka tumbuh jerawat senang je, ambil ubat gigi dan sapukan di muka. Mesti lepastu jerawat tu mengecut!”

Nahhhh, jangan tertipu dengan kata-kata orang!

Mustahil dengan letak ubat gigi boleh menyebabkan jerawat kecut dan menghilang! Lagi memburukkan keadaan lagi adalah!

Jom semak kesalahan dalam merawat jerawat!

☛     SAPU UBAT GIGI
Ubat gigi memang memberi efek sejuk di kulit muka. Namun, itu tidak bermakna jerawat di muka kamu akan mengecut ya! Sebenarnya ia boleh menyebabkan kulit kamu terbakar, melecur dan kemerahan kerana isi kandungan mintnya yang terlalu tinggi. Jadi hati-hati!

☛      PERAH LIMAU ATAU LEMON
Limau dan lemon adalah buah sitrus yang memang sedap dan mempunyai bau yang harum dan menyegarkan. Tetapi, air perahannya sebenarnya mengandungi asid dan agak tajam bila terkena kulit bahagian wajah. Maklumlah, kulit wajah kita kan nipis. Ia bukannya menghilangkan jerawat, ia akan menyebabkan jerawatkamu semakin merah dan gatal-gatal. Jadi penggunaan perahan limau memang tidak di galakan!

☛     UBAT TITIS MATA
Ada sesetengah gadis akan menggunakan ubat titis mata bila jerawat timbul di wajah. Ya, memang ia membantu mengurangkan kemerahan tetapi itu tidak bermaksud ia bantu menghilangkan jerawat yang timbul.

☛      HIRISAN TOMATO
Buah tomato memang memapunyai khasiat dan baik untuk kulit kerana mengandungi Vitamin A. Tetapi, ia tidak berpengaruh untuk menghilangkan masalah jerawat di kulit.

☛     BERJEMUR
Bejemur di tengah panas memang dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada di bawah kulit muka. Tetapi secara tidak langsung jerawat yang keluar itu akan meninggalkan kesan bintik hitam dan akhirnya akan membuatkan kulit wajah kamu semakin kotor dan jerawat semakin aktif daripada sebelum.

Jadi, sebelum kamu menganggap salah satu di atas sebagai jalan penyelesaian baik kamu fikirkan sedalam-dalamnya. Apa yang REMAJA boleh sarankan, apa kata ikutlah petua-petua yang boleh di percayai atau jalan mudah, dapatkan sahaja nasihat daripada pakar atau doctor. Mereka lebih tahu apa yang sesuai untuk kulit sensitf seperti kamu.


SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters