Friday, November 22, 2013

Sekilas tentang bibirmu!


Bibir sangat memain peranan dalam menampakkan seseorang itu cantik berseri. Bibir yang kering dan gelap boleh menampakan seseorang itu kelihatan pucat, lesu dan tidak bermaya. Jadi jom sekilas kita bercakap dan berkongsi tip untuk mencantikan bibir!

★ Bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya tiga hingga lima lapisan sedangkan bahagian kulit yang lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarangbulu, kelenjar peluh dan kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang baik untuk melembabkan kulit. Oleh kerana itulah bibir merupakan bahagian paling cepat kering dan sensitive berbanding bahagian lain pada wajah.

★ Madu bermanfaat untuk melembapkan dan melembutkan bibir. Ia juga cara untuk menghindarkan bibir daripada kering dan pecah-pecah. Caranya mudah sahaja! Hanya sapukan madu di atas bibir sebelum tidur

★ Vitamin C mampu menghindarkan bibir daripada menjadi gelap. Ia berfungsi menekan produksi melamin, pigmen kulit yang menyebabkan pigmentasi pada kulit dan meminimumkan hyperpigmentation yang di sebabkan sinar matahari.

★ Menjilat bibir untuk mendapatkan kesan basah dan lembap sebenarnya adalah cara yang salah. Malah ia boleh menyebabkan bibir kamu bertambah kering dan seterusnya mengelupas.

★ Jika bibir kamu pecah-pecah dan sakit, atasinya dengan menyapu mentega atau susu di bibir sebelum tidur dan mencucinya pada pagi hari menggunakan berus gigi secara lembut. Melakukan hal ini akan membantu menyembuhkan bibir yang pecah-pecah dengan segera.

SHARING IS CARING :) 
SUMBER: REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters