Saturday, November 2, 2013

Novel Dari Penulis Syamnuriezmil



Tajuk : Terlanjur Mencintaimu

Sinopsis
Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta
Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

"Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

"Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya."
"Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!"
"Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..."
"Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada.
"Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius.
"Seronok."
"Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.
"Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.


Tajuk : Pabila Cinta Memanggilku

Sinopsis
Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!

Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”

Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"

Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”

Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?


Tajuk : Suamiku, Encik Perfect 10! 

Sinopsis
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?


Tajuk : Rindu Kamu Mr. Darcy

Sinopsis
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.

“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”

“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”

Tapi...

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisahdengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY

Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?

“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR

“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...


Tajuk : Bukan Kahwin Paksa

Sinopsis
“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”

“Kenapa cakap macam tu pula?”

“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia!

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya.  

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.  

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.   
     
"Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... What say you?”

“Then you get your answer...”

“Jawapan?”

“That I love you too...”

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.

Novel terbaru! 

Tajuk: Isteri Untuk Disewa

Sinopsis
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Anonymous said...

:-p semua novel penulis tu memg trbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters