Wednesday, April 30, 2014

Novel Terbitan CUTE KREATIF PERTAMA April 2014



Tajuk: My Luv Bodyguard
Penulis: Hayati Ahmad 
ISBN: 978-967-12576-0-9

Sinopsis :

Kesinambungan kisah Lukhman Hakimi dan Aulia dari naskah Bodyguard From Taiping diteruskan dalam My Luv Bodyguard. 

Lukhman Hakimi, seorang usahawan yg berjaya, tegas, matang dan berkarisma tetapi bertukar menjadi lelaki yg romantis..sengal..garong..dan yang paling utama..seorang imam keluarga yang hebat. Dalam menempuhi dan mengecapi manis nya alam berumahtangga, tiba-tiba timbul masalah yang tidak terjangkau dek akal Aulia yang naif, blurr dan polos itu. Kehadiran bekas isteri Lukhman Hakimi benar-benar memberi tamparan hebat. Di sokong kuat oleh nenek Lukhman Hakimi yang prejudis terhadap Aulia. Aulia di kejutkan dengan berita yang telah meluluhkan kan cinta dan hati nya dikala dia sedang membawa seorang khalifah di dalam rahim nya. Lukhman Hakimi curang??..Maka bermula la episod pembalasan dendam Aulia terhadap Lukhman Hakimi. Adakah Lukhman terus-terusan bersabar memujuk dan mengejar semula cinta Aulia?. Kuat kah iman Lukhman Hakimi dalam menahan rasa cemburu terhadap Airiel dan Arjuna yang selalu mendekati Aulia dan memang di ketahui menaruh rasa cinta terhadap Aulia??..ketika bertentang mata walaupun dalam watak yang berbeza..mengapa ada getar rasa didada Aulia terhadap Lukhman Hakimi dalam cubaan melunaskan kan dendam perasaan??..berjaya kah Lynn memporak perandakan masjid yang terbina demi kepentingan sendiri..

Dia cukup ‘sengal’, lurus dan polos sehingga terpaksa menerima bebanan-bebanan dugaan yang menguji akal singkatnya.

“Sayang nak jadi apa?” Aku tersengeh-sengeh melihat Akim yang tekun hendak mendengar kelentong ku.
Orang nak jadi komunis.” Aku menjawab jujur, Akim terus ketawa dengan jawapan ku.
“Betullah, kalau semua nak jadi askar siapa pulak nak jadi komunis, so orang lah yang jadi komunis.”
“Ni fakta ke auta.”
“Faktalah.” 
“Sayang…” Aku rasa Akim bagaikan merengek lembut, aku terus gigit bibir. Langsung tidak sakit sebab aku rasa semua tubuh ku sudah kebas!“Bismilahirahmanirahim….” Akim membisikkannya dengan perlahan lalu dia merapatkan bibirnya ke wajah ku… semakin rapat… dan rapat.“Aaaachommmmmmmmmmm!!!” bersembur semua apa yang tidak sepatutnya ke muka Akim. Serta merta dia menutup mukanya yang tempias oleh segala hasil dari mulut ku ini.“Sorry!” Aku terpekik sedikit, lalu terus bangun dan berlari keluar dari bilik dia. Bahaya!
Owh my english...erkk bukan bukan.... owh my gosh!!” Baik aku pakai plastik bungkus sawi sahaja kalau begini!.- Syarifah Aulia Rukiah

“Ya, Abang suka bila tengok wajah sayang macam ni, wajah yang akan memerah bila dia malu.” Akim terus berkata-kata dalam nada rendah, dan aku rasa dia perlu tahu, semakin perlahan suara dia maka semakin kuatlah rasa aku hendak terpitam. Aku ingin menjawab, namun lidah ku kelu dan aku rasa muka ku telah berbahang kepanasan. Sekali lagi Akim bawa tangan ku ke bibirnya, hangat bila bibirnya mengucup tangan ku.
“Lia sayang abang?” Aku tidak tahu hendak jawab apa, rasanya aku hendak balik ke kampung sekarang juga dan aku sudah tidak peduli kalau Akim hendak merapu apa lagi. Daripada aku mati syahid sakit jantung di rumah ini, lebih baik aku pulang sahaja. Demi kasihnya, aku syukuri takdirMu.” ~ Lukhman Hakimi 

“Kalau Mikha nak tidur dengan papa, jom masuk bilik mama.”“Hari tu papa tidur bilik Mikha dengan Mummy boleh je.” Purrrrrrrr berderau darah ku. Nafas aku rasakan tercungap-cungap. Aku terus beristighfar sambil mengurut dada.~ Mikha

“Tahniah my honey madu, seronok dapat bermadu dengan you Rukiah. Lagipun you baru saja beranak, so biar i sahaja yang layan keperluan Lukhman yang urmmm...”. Lynn menjilat bibirnya lalu memberikan flying kiss kepada ku. ~ Lynn



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters