Wednesday, April 23, 2014

Novel terbitan Penulisan2u JUN 2014





Tajuk: Mr. Fussy Or Mr. Cool
Penulis: Lieya Ieza 
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-31-0

Akibat kecewa, DHIEYA AMIERA membawa hati yang lara. Tapi siapa sangka, pertemuan kali pertama dengan seorang jejaka yang cerewet akhirnya mengundang episod baru dalam hidupnya. Episod yang sentiasa bersambung membawa cerita tersendiri.
Bagi ZHARIF FARHAN, kehadiran Dhieya Amiera mengundang rasa aneh dalam hidupnya. Rasa yang sukar dimengertikan. Gadis yang sentiasa ceria dan selamba itu membuatkan perasaannya kucar-kacir. Perasaan apakah itu? 

“Kau buat apa kat dalam ni? Inikan tandas lelaki? – Zharif

“Saya nak cuci tandaslah. Waktu ni memang waktu saya cuci tandas.” – Dhieya

“Habis tu, kau tak reti nak tanya dulu ke? Ada orang ke tidak dalam tandas ni?” – Zharif

“Habis tu, bos tak reti ke nak keluar dari tandas ni? Kalau bos berniat nak tolong saya sama-sama cuci tandas ni, kecik tapak tangan, Stadium Shah Alam tu saya tadahkan.” – Dhieya.

Dhieya sedar siapa dirinya yang sebenar. Tak mungkin si enggang akan terbang bersama si pipit. Dalam masa yang sama, HAZYRUL NIZAM meluahkan perasaannya. Pemuda itu ikhlas dalam meluahkan rasa cintanya. 
“Dah lama saya tunggu awak, Dhieya. Kali ni saya harap awak sudi terima cinta saya.” – Hazyrul

Fight for my love! Kata-kata itulah yang dipegang oleh Dhieya tatkala dia jatuh cinta. Pelbagai usaha dilakukan demi memperjuangkan cintanya. Dia yakin, suatu hari nanti lelaki itu akan membalas cintanya. 

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Pertemuan semula dengan AMMAR ZIQRI mengusutkan lagi keadaan. Ammar kembali menagih kemaafan sekaligus menghapuskan rasa dendam dan kebencian dalam hatinya.

Adakah usaha Dhieya Amiera dalam memperjuangkan cintanya akan berhasil? Adakah cinta Dhieya Amiera akan kesampaian? Antara Zharif Farhan dan Hazyrul Nizam, siapa yang menjadi pilihan hati Dhieya Amiera? Ataupun Ammar Ziqri telah lama menjadi pilihan hati gadis itu?


Tajuk: P.A Untuk Dia
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-32-7

Penantian itu menyeksakan...
Untuk melupakan, itu juga menyakitkan...
Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit!

Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya. 

HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya. 

ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara

“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn

Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu.

“I already make my decision. I choose you.” - Hanania

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters