Wednesday, April 23, 2014

Novel terbitan Karyaseni JUN 2014.






Tajuk: Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
Penulis: Sara Aisha
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-73-4

Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, sebiji menempek di atas dahi!

“Macam inilah, encik… encik sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”
Kerana mulut, aku dicap sebagai miss sweetheart oleh encik sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara cik gincu merah yang sangat gedik menggeletis macam ulat bulu!

“Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. Senang cerita.”
Kerana mulut aku sendiri, emak dan ayah tiba-tiba membawa calon suami untuk aku. Atau lebih spesifik, dia orang bawa encik sayang! Dalam aku baru sahaja mahu reda dan menerima nasib jadi heroin novel kahwin paksa, kenapa pula mamat sengal itu yang jadi heronya? Sudah tidak wujudkah makhluk berkromosom XY yang lain? Kenapa mesti dia?!

“Ya, ya… Saya janji. Kalau… Kalau awak selamat, kalau kita dapat keluar dari sini, saya akan kahwin dengan awak. Just… Just be safe, please…”

Kerana mulut, ‘operasi memutuskan pertunangan’ aku tiba-tiba sahaja berubah menjadi ‘operasi persiapan perkahwinan’. Sedar-sedar sahaja, aku sudah pun duduk di atas pelamin yang pengantin lelakinya ialah tidak lain dan tidak bukan… encik sayang!

Oh, jangan fikir cerita ini berhenti takat itu saja. Kerana dalam kisah pelik ini, terselit juga si dia yang digelar ‘the most dashing, hottest eligible bachelor on earth’. Ya, aku tahu. 
Gelaran ni memang sangatlah melebih-lebih. Tapi hakikatnya, dia memang berkali-kali ganda kacak, bergaya dan kaya berbanding encik sayang. Dan yang paling seronok… encik dashing ini ialah bekas kekasih aku! Cinta pertama zaman muda remaja dulu yang rupa-rupanya masih cintakan aku setengah mati. Aduh… Haru, haru. 
Itu belum lagi termasuk kes cik gincu merah yang tiba-tiba mengumumkan diri sebagai musuh ketat aku. 

Lalu perjalanan hidup aku yang selama ini landai, normal dan bebas daripada anasir-anasir konflik tiba-tiba sahaja berubah menjadi roller-coaster! 


Tajuk: Tulip Merah Untuk Dia
Penulis: MyTun Abdullah
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-74-1

Kata orang… tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan bertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, andai itu adalah janji ALLAH. Perancangan ALLAH itu fantastik…

KATA QASEH… Zafril tu... macam angin. Kejap O.K dan kejap K.O. Bila datang mood tsunami. Main bedal aje. Bukan reti nak jaga hati dan perasaan orang lain. Cakap ikut sedap mulut dia aje mengalahkan Mak Enon hilang gigi palsu! Kalau hilang semua lelaki kat dunia ni, jangan haraplah dia nak pilih Zafril!

“Cik kak oiii! Lain kali... bila berjalan pandang depan. Jangan pandang bawah! Jangan kelam-kabut! Jalan pakai mata, jangan pakai kepala lutut! Kan dah terlanggar. Nasib baik tak jatuh lagi. Kalau tak... mahu bengkak dahi tu pula. Luka yang ada pun belum sembuh betul-betul... nak tambah luka lagi? Tak serik ke?” ~ ZAFRIL AMSYAR

KATA ZAFRIL… Qaseh tu... nampak aje muka nerd, sopan dan lembut! Tapi bila dapat menjawab dan melaser orang... Hesy! Boleh tahan berapi. Hilang semua ayu. Panas aje telinga ni. Terbakar hati. Rasa nak tenyeh aje mulut yang comel tu dengan kapur barus. Jangan haraplah budak kampung yang tak lulus SPM tu menjadi pilihan hati! Memang taklah.

“Encik Zafril mana tahu saya ikhlas ke tidak? Kalau saya tak ikhlas, saya iron aje semua kemeja Encik Zafril tu sampai terbakar. Biar berlubang. Itu baru betul-betul tahu saya ikhlas atau tidak, kan?” ~ QASEH CHINTA SARI 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters