Tuesday, June 3, 2014

Novel terbitan Fajar Pakeer jun 2014





Tajuk: Cinta Lot 168
Penulis: Zara Aluwi

~ Cinta ini benar-benar membuatkan dirinya gila
Sejak dileteri oleh ibunya, Puan Junaidah, Ryan kini suka duduk menyendiri di balkoni sambil menatap bintang berkelip ceria. Dalam pada itu, matanya pasti tertancap pada bilik di rumah Lot 168 di seberang jalan. Menanti kelibat perempuan itu keluar dari bilik berkenaan. Dia tertanya-tanya, sejak bila ada anak dara tinggal depan rumahnya? Selama ini dia tak perasan pun! Entah-entah isteri orang. Hatinya menduga.

“Cik, boleh tolong buatkan I air kopi? I tak pandai nak buat.”

Pertanyaan itu membuatkan Ezlika begitu keresahan. Alangkah terkejutnya dia saat terlihat wajah Ryan. Berdegup kencang jantungnya, bagai ingin tercabut dari tangkainya tatkala mata bertentang mata. Kakinya bagai terpaku daripada melangkah kala melihat wajah lelaki itu. Tidak mampu dia menduga apakah benar ataupun tidak.

Datang-datang saja tanya Eli. Buat apa datang ke mari? Aku dah beri amaran jangan datang! Tak reti bahasa agaknya! Tak reti orang benci ke?

Kehadiran Rafiq, Fitri dan Ashraff ke pejabat boleh membuatkan Ryan gila. Dia kurang senang apabila ada lelaki datang bertanyakan Ezlika sementelah lagi memuji betapa mereka menyukai Ezlika. Ryan terasa tenang apabila berada di rumah, setiap malam sendirian di balkoni sambil menatap bilik di seberang jalan. Wanita idamannya akan muncul walau untuk seketika. 

Kehadiran Selina membuat Ezlika benar-benar kecewa. Hatinya terluka. Sungguh tidak disangka Ryan sanggup mengkhianatinya. 

“Jadi... yang selalu I intai tu... youlah?”

Terasa ingin sekali mendekati, tetapi Ezlika tidak berani untuk mendekati. Terasa hendak sangat memperolehi, namun Ryan bimbang derita lama kembali. Tapi, bilang Puan Junaidah, ibu Ryan, sampai bila nak main mata dari balkoni ke balkoni? Lalu, Ryan berusaha untuk dapatkan cik adik di Lot 168 sana.


Tajuk: Hati Yang Aku Perlu 
Penulis: Mynfamieza

~ Sekali pandang, jantan. Berkali-kali pandang, tangkap cintan.
Nurul Zara Damia Alisya satu nama yang begitu indah maksudnya namanya. Diharapkan oleh ibu bapanya menjadi wanita tetapi apakan daya bila anak perempuan mereka memilih menjadi lelaki celup? Seorang gadis yang berperwatakan lelaki yang sering menjadi topik perbualan orang kampung kerana pakaian dan sikapnya yang kasar seperti lelaki.

Walaupun begitu, dia juga mempunyai hati dan perasaan. Ingin rasa disayangi dan dicintai oleh berlainan jantina. Perasaan terhadap Fariz, sahabat baiknya disangka akan dibalas juga dengan rasa cinta tetapi hatinya kecewa apabila Fariz melafazkan cinta bukan kepadanya. Gadis itu pasrah lalu membawa diri berhijrah ke kota menjadi insan yang baru.

“Aku sebenarnya tak sukakan lelaki. Nafsu aku kat lelaki langsung tiada. Aku sukakan perempuan. Nak ke hang kahwin dengan minah tomboi seperti aku ni?” Nurul Zara Damia Alisya.

Tanpa disangka, dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sering menganggu hari-harinya. Izz Rayyan seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa dalam memenangi hati Zara yang sekeras tembok besar China itu.

“Dulu arwah nenek saya cakap, jangan benci sangat kerana satu hari nanti takut jatuh cinta. Jadi kalau awak tak nak jatuh cinta dengan saya, awak tak boleh benci saya. tapi terpulang kat awaklah. Kalau awak jatuh cinta dengan saya, saya seribu kali cintakan awak. Pilihan di tangan awak sekarang. Jadi mana satu pilihan awak?” – Izz Rayyan.

Zara cuba menepis dan menghalang daripada jatuh cinta dengan Izz Rayyan namun takdir Allah siapa boleh menghalang. Mereka disatukan menjadi suami isteri. Rumahtangga mereka bahagia sehinggalah ada satu hari Zara meminta Izz Rayyan untuk berkahwin lagi!

Apakah Zara kurang sedar apabila membuat keputusan itu? Sanggupkah Zara memperjudikan nasib dirinya hanya kerana mahu melihat orang lain bahagia? Bagaimana pula reaksi Izz Rayyan? Setuju dengan rancangan gila isterinya itu atau menolak habis-habisan?


Tajuk: Kukejar Sampai Dapat
Penulis: Noorfadzillah Omar

~ Kudambakan bisikan asmara Kasihmu penuh makna Kuyakin bunga cinta Pasti akan mekar semula 
Latisya. Orangnya sederhana, namun bisa menawan hati sesiapa yang memandangnya. Najib, tidak pernah berputus asa untuk menawan hati Latisya. Sedikit sebanyak terusik juga hati kecil Latisya. Tapi, nasihat si ayah tidak mahu diambil ringan. Dia tidak dibenarkan menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki selagi tidak memiliki pekerjaan tetap. Dan, hasrat hati terpaksa dibiarkan sepi.

Hari berganti, bulan berganti, Najib bukan untuknya. Janji Najib hanya tinggal janji. Latisya pasrah. Saat hati dibiarkan sepi, muncul Salleh ingin menawan hati. Wujud juga Norman menjadi pemuja misteri.

Ujian Allah, hidup Latisya sentiasa dilambung badai. Dugaan demi dugaan datang menimpa. Nyawanya bagaikan berada di hujung tanduk gara-gara dengki khianat manusia. Dirinya dihukum dengan pelbagai fitnah.

“Jangan menghakimi aku kerana aku seorang perempuan yang tidak mampu menyerang secara mental dan fizikal. Juri di pentas dunia ini menghakimi aku dengan sangat tidak adil.”

Antara Salleh dan Norman, siapakah yang berjaya menawan hati Latisya? Dugaan apa yang membelenggu Latisya? Siapa yang berniat buruk terhadap Latisya? Selagi ada yang mampu mengejar, pasti akan ada yang dapat apa yang dikejar.

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters