Tuesday, May 20, 2014

Novel terbitan KN June 2014




SAYA PILIH AWAK - LYNN ALLYNA
No. ISBN:- 978-967-0448-69-5
Jumlah muka surat:-568

Sinopsis:-
Durratul Ain penasaran. Cinta yang disulam
bersama cinta hatinya selama tujuh tahun berhadapan
dengan kemusnahan. Fakri bakal berkahwin dengan orang
lain! Sampai hati Fakri.

Kecewa dengan berita pernikahan Fakri menyebabkan Ain ambil keputusan untuk terima lamaran Puan Maziah, nenek Allissa. Tambahan pula Ain dah tawar hati untuk meneruskan cintanya dengan Fakri bila hubungan mereka seakan tak direstui oleh emak Fakri. 

Kerana Allissa, Syed Muammar terpaksa menerima pernikahannya dengan Ain walaupun hatinya masih setia pada arwah isterinya. Ain hanya dianggap sebagai ibu kepada anaknya, bukan pengganti arwah isterinya. Tapi jodoh itu rahsia Allah. Layanan Ain terhadap Allissa dan keluarganya buat hati Syed Muammar tak dapat menolak rasa cinta yang mula bertandang. Ain juga turut rasakan perkara yang sama.

Pertemuan semula dengan Fakri membongkar segalanya. Tiada pernikahan yang berlangsung. Ain bingung. Siapa punya angkara? Mampukah Ain berhadapan dengan dugaan demi dugaan yang menimpa dirinya? Mampukah dia pertahankan bahagia yang diimpikan selama ini? Mampukah Syed Muammar jadi yang terakhir di hatinya atau cinta pertama dari Fakri tetap jadi pilihannya?

“Bahagia itu bukan memiliki apa yang kita cintaitetapi mencintai apa yang kita miliki.”

HAI CINTA?! - ISYA HUMAIRA
No. ISBN:- 978-967-0448-70-1
Jumlah muka surat:- 464

Sinopsis:-
Takdir menyatukan Rania dan Adham di bawah satu bumbung sebagai bos dan PA. Bagi Rania, semua
peristiwa malang yang terjadi padanya bagaikan dirancang
oleh Adham, walaupun hatinya kuat mengatakan itu mustahil! Dalam benci ada sayang, dalam ego ada cinta!

Kasih yang berputik dirembat rakus oleh rahsia yang bertahun disimpan oleh Tengku Tirmizi. Demi kasih
yang mendalam terhadap sahabatnya, (Tengku Ain) Rania
membiarkan pasangan sama darjat itu diijabkabulkan.

Adham pasrah dengan ketentuan Ilahi. Jika benar Rania ditakdirkan untuknya, pasti akad yang dilafazkan terselit nama gadis itu di bibirnya.

Rania pasrah kerana amat mustahil untuk dirinya bersama Adham setelah rahsia daripada Tengku Tirmizi terbongkar.
Bagi Datin Zahidah dan Datin Saleha, Tengku Ain dan Tengku Adham harus disatukan! Demi menghalang Rania, Rania harus hilang!

“Andai diberi pilihan, aku pilih untuk tidakmengenalimu daripada aku harus melupakanmu....”

AURORA HIDUPKU - ARIN ARIDA
No. ISBN:- 978-967-0448-68-8
Jumlah muka surat:- 848

Sinopsis:-
Ashraf pernah kecewa kerana cinta. Sharlyna pula
setia kepada Shahrul Shah yang hilang tanpa khabar berita
setelah menabur janji setia mahu membina bahagia bersama.

Sharlyna membenci, Ashraf pula berdendam. Takdir menemukan mereka dalam satu insiden yang tidak terjangka. Sehinggalah berlakunya satu lagi insiden
hitam yang telah mengikat kedua-duanya dengan
perkahwinan.

Perlahan-lahan cinta hadir menyerikan rumah
tangga Ashraf dan Sharlyna. Baru seketika mendakap bahagia, mereka diduga dengan kemunculan semula Shahrul Shah yang membawa berita yang mengejutkan. Tambah parah apabila ia turut melibatkan Ashraf. Sebab mengapa Shahrul Shah tega meninggalkan Sharlyna, juga masa silam Ashraf. Kini, kedua-duanya menyebabkan nyawa Sharlyna menjadi taruhan.

Selamatkah Sharlyna? Siapa pula Ku Rell yang tak letih mengekori Sharlyna? Antara Ashraf dan Shahrul Shah, yang mana satu menjadi pilihan Sharlyna?

“Dalam marah, entah bila sayang mula bercambah.Dalam benci, entah bagaimana cinta mula bersemi.”


PRE-ORDER UNTUK NOVEL DENGAN TANDATANGAN PENULIS AKAN BERLANGSUNG DARI 20/05/2014 - 27/05/2014. BUAT PRE-ORDER SEKARANG BERSAMA KAMI!!!

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters