Saturday, May 10, 2014

Novel terbitan Fajar Pakeer mei 2014...



Hanya di PBAKL...

TAK SUKA TAK APA ~ Qaseh Qaisara
MEOW! KAU CURI HATIKU ~ Reeani Annur
ANDY HILTON vs MR.MPP ~ Cahaya Ainn


TAK SUKA TAK APA
Penulis : Qaseh Qaisara

Paling best kalau jatuh cinta pandang pertama. Tapi yang tak bestnya, kalau cinta langsung tidak berbalas. Entah kenapa dalam ramai-ramai penuntut perempuan, mata Syed Imran hanya pandang Nad. Nak kata Nad tu cantik, biasa saja.
"Nad, awak tak ingat saya ke? Saya Syed Imran. Saya sudah jadi kekasih awak selama enam bulan. Kenapa awak masih tak ingat saya?"

Orang gila mana pula ni sesuka hati mengaku jadi kekasih Nad? Pening nak layan dan tak pernah layan pun. Jangan kata kekasih, kawan lelaki Nad pun boleh dikira dengan jari. Pelik betul. Itu bukan alasan untuk Syed Imran berputus asa. Kata Syed Imran, sekali dia jatuh cinta, selamanya kekal menjadi cinta walau apa pun halangannya.

Akhirnya ketika Syed Imran hampir angkat bendera putih, tiba-tiba Nad balas senyuman Syed Imran. Bukan sebab bunga, bukan sebab kata-kata rayuan, tapi Nad nampak Syed Imran pergi surau. Kata arwah nenek Nad, kalau mahu cari calon suami, biarlah suami yang tak tinggal solat. Kalau lelaki tak tinggal solat, maknanya dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Nad balas senyuman Syed Imran hanya disebabkan itu.

Tapi, bukan mudah cinta mahu bertanda noktah kalau satu pihak umpama gagak di rimba dan di sebelah sana pula umpama merak kayangan. Syed Imran harus kahwin dengan Syarifah juga. Itu kata Puan Salmah, bukan kata Syed Imran. Kata Syed Imran, nama isterinya ialah Intan Nadhira. Bukan nama lain. Kalau tidak, dia tak akan kahwin sampai bila-bila.

Puan Salmah ikutkan juga kehendak Syed Imran, tapi bukan bermakna dia kalah dengan Syed Imran. Dia ada rancangan lebih besar untuk memusnahkan mahligai anak kesayangannya. Mana boleh dibiarkan Syed Imran bersama perempuan yang entah dari mana asal keturunan!

Berjayakah Syed Imran pertahankan mahligainya bersama insan yang dia paling sayang dan apa pula helah Puan Salmah untuk memisahkan Syed Imran dan Nad?


Tajuk : Meow! Kau Curi Hatiku
Penulis : Reeani Annur


Edisi terkantoi dengan kekasih sendiri.

“Err… ni, pasal makanan dia orang ni. You tulis, Anchu suka makan makanan jenama Royal Canin. Chicky pulak suka makan Blackwood. Maksudnya, kalau tersilap beri makanan kegemaran dia orang tu, memang dia orang takkan makan ke?” tanya Naim, cuba mendapatkan kepastian.

Bella angguk laju, mengiakan pertanyaan Naim. “Ha’ah. Lagi satu, dia orang ada bekas makan masing-masing tau. Bekas Anchu warna pink dan bekas Chicky warna biru. You jangan tertukar pulak. Nanti dia orang mogok tak nak makan.”

“Ha?” Kening Naim bertembung rapat. Biar betul. Kucing jenis apa macam ni? Bersikap diva mengalahkan artis pula. Dia mula berasa jelak.

“You jangan nak mengelat, sayang. Kucing I ni pandai tau. Dia orang kenal makanan dan bekas makan dia orang.” Bella menerangkan sikap kedua-dua ekor kucingnya.

Memang bunyinya seperti mengada-ada. Tetapi, memang sejak kecil lagi Anchu dan Chicky sudah bersikap begitu. Biarpun agak cerewet, namun dia boleh sahaja melayani kerenah mereka.

Sekali lagi Naim mencebir. Pandailah sangat. Pandai menyusahkan orang adalah. Sempat Naim mengutuk Anchu dan Chicky.

“Tapi, hari tu, masa Husna bagi makan, elok aje dia orang makan. Tak ada memilih makanan dan bekas makan pun,” kata Naim. Dia nampak dengan matanya sendiri.

“Husna? Husna mana pulak ni?” Bella menjongket kening tinggi. Hatinya mula berprasangka apabila Naim menyebut nama perempuan lain di depannya. Berputik juga rasa cemburu di jiwa.

Naim menggelabah apabila menyedari kekhilafannya menyebut nama Husna di depan Bella. Aduh! Macam mana pula aku boleh terlepas cakap ni. Matilah aku kalau rahsia tu pecah. Naim terkial-kial mencari alasan mahu menutup silapnya.


ANDY HILTON VS MR. MPP
Penulis : Cahaya Ainn

Andriana, gadis moden yang membesar di luar negara tidak pernah menyangka kehidupannya bakal berubah 180 darjah hanya disebabkan kejadian "itu".
"Err, boleh abang masuk?"
Abang? Ngee.

Siapa sangka,gadis seperti Andriana yang digelar Andy Hilton boleh terjebak dengan kahwi paksa. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Wafiy a.k.a Mr. MPP si mamat skema tu. This is nightmare! Tapi...betul ke semua itu hanyalah mimpi ngeri semata-mata?

"Bising macam mak nenek."
What?! Aku sikit punya vouge ni dia kata mak nenek?

Semakin lama mimpi ngeri itu bertukar menjadi satu mimpi yang indah. Andriana mula menerima hakikat yang dia sebenarnya memang telah ditakdirkan untuk menjadi isteri seorang Mr. MPP. Namun, bukan mudah untuk dia menyulam rasa cinta yang semakin hari semakin menjentik hatinya. Kehadiran Lia sedari awal lagi betul-betul buat dia makan hati.

"Kau ingat satu aje. Wafiy kahwin dengan kau sebab dia kesian dengan kau. Dia tahu kau tu dah tak ada apa-apa pun. Dah macam kain buruk."

Mampukah Adndriana bertahan dengan cacian dan makian Lia, gadis yang turut sama mencintai Wafiy sejak sekian lama lagi? Namun, yang paling penting, mampukah Andriana menerima hakikat bahawa...

"Lia tu...dah jadi sebahagian daripada hidup abang."

Satu barat, satu timur, satu Andy Hilton, satu Mr. MPP, dlam rumah tangga bolehkah bersatu?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters