Saturday, June 21, 2014

Mereka betul ke atau saya yang salah?




Post kali ni lebih kepada luahan seorang anak, yang merasa my parent ni salah. Bukan bermaksud nak membuka aibor burukkan my parent ya. Yang rasa nak teruskan baca boleh terus stay dan baca.. Yang rasanya inda sanggup, boleh X je...yang terus membaca, boleh bagi komen kamu dibawa ni ya.. mana tahu selama ni aku yang salah... 

al-kisahnya begini... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ni jadi perang besar lagi sekali antara kami (adik -beradik) dengan our parent... Sekadar nak beli kasut sukan dan skolah dengan adik ku yang kedua. Kalau sempat beli lagi utk adik ku yang pertama tapi gara-gara ada seorag kawan my parent... mereka asaknya dgn perbagai soalan sampai kami ( faham-faham je kalau aku guna istilah 'kami', itu refer kepada adik beradik aku termasuk aku) nampak kawan my parent berubah muanya. Lepas dia pergi, kami dah tahu pasti perang besar akan tercetus. Bagaimana kami tahu? my dad tiba-tiba je marah my mom, dia ckp to my mom yang mamaku asak kawan tu byk soalan. Yang kami nampak kedua-2nya pun asak. ani disalahkan sepenuhnya keatas my mom. Lepas tu, apalagi my mom 'meletup'lah.  Manakan inda,  cuaca panas ditambah lagi my dad marahkan dia. Yang kena tempiasnya kami jua. Apalah nasib!~ Ditanya kami lagi kenapa kami semua dtg ( maksudnya turun ke tempat kerja my mom ) My dad dgr yang nak pergi beli kasut HANYA adik ku yang kedua. Bukan kami yang kakak dan abang yang hendak beli kasut sukan, skolah, kasut jalan-2. Lagipun cuaca panas ditambah lagi air cond dalam kereta tak sejuk plus kedai-2x skrg kasut sukan pun belum yang ada new arrival ada pun yang bulan lepas je. kami ni pun last minutes bergegas nak beli bila nak buka skolah. Ada 2 minggu inda bagitahu awal-awal.. siapa yang tak panas hati kan? Ok, yang ni kami mengaku salah kami tapi tak perlu pun marah-2.. 

So dalam perjalanan ke kedai, my parent pun mulalah 'ceramah percuma' mereka. Mula-mula sebab kenapa my sis ikut serta? Dia dah beli kasut skolahnya, skrg dia ikut pun nak beli kasut jalan. Kasut jalannya selama ni aku pakai. So perlu beli yang baru tapi my mom tanya kenapa semasa dia baca kakak ke Limbang kenapa inda beli. Berderat sepanjang jalan selipar yang dijual. Lepas tu, mulalah meleret-2 ceramahnya. Ckp aku dah adik ku yang pertama inda pandailah walaupun sudah ambil kelas tambahan... Stupidlah.. lihat result test akan memalukan guru yang mengajarlah.. balik dari skolah terus hadap komputerlah; buka fblah... bohong buat projectlah sebenarnya hadap FB ; lihat cerita korealah. Bla-bla bla... 

Inilah yang aku tak puas hati sgt! Ada ke ibu bapa yang ckp anaknya inda pandai. Diulang lagi 'INDA PANDAI'.  Anak org lain semua pandai-2 belaka. Ada ke org perfect dalam hidupnya? Nadakan, semuanya kerdil disisiNYA. Walaupun aku non-muslim, aku pun tahulah jua islam-2 ni. Dah byk ku dgr dari kawan-kawan ku atau guru di skolah kalau tak pun ada je artikel di internet. Semuanya di hujung jari je. Bila ku mula tegur my parent, mahu tahu my parent ckp apa? My dad ckp to my mom, 'cuba lihat anak kau, inda lama lagi masa islam, lihat tu ckp ugama lagi'. Aku tahu my dad sindir aku tapi aku buat der je. My mom ckp dia tak percaya,dia hanya percaya kepada kepercayaaan je.

 Kedua, bercerita mengenai bercakap STUPID ni. Ada ke pernah dgr parent yang ckp to her or his son or daughter perkataan STUPID ni. Dari dulu sampai skrg, bila je bergaduh ada je dgr perkataan tu. Setiap kali bergaduh tah, balik-2x ku ulang ibu- bapa yang ckp anaknya STUPID akan termakbul doanya... Betul apa kan? Mun setiap kali ckp kami ni STUPID, macam mana tah nak jadi pandai... 

Seterusnya, ada ke patut mereka ckp kami ni akan memalukan guru tuition kami dgn result exam kami. Bagi aku, guru tuition kami ni ajar dari awal chapter tapi dalam exam , cg keluarkan topic yang jauh dah. Macam mana tah ada kaitan. Siap lagi my parent ckp kakak ku tak ambil kelas tuition pun dpt lepas o'levelnya. kalau dia inda terambil kelas express ( 2 tahun belajar ) pasti dpt skor o'levelnya. Aku yang ambil tuition pun masih tak pandai dan faham lagi. Cehhh, bagi ku otak ku inda sama macam kakak ku. Kalau orang lain, perlu ikut jejek langkah sister or brotherkan? tapi bukan utk aku. 

Ahh.. yang ni lagi aku bantah 100%. Ada ke dalam seminggu perlu hadap buku je. belajar~ belajar~ belajar~. Cuba imagine ke skolah dan ada extra class 5 hari, 2 hari pergi tuition. Belum tambah h/w + project skolah. Mana ada rehat kecuali tidur malam je. Inda stress ke? just imagine yang berkerja dokter, guru ke,ada je ku lihat mereka bercuti. Siap my parent ungkit dia pergi ke tempat kerja 3 pagi, balik pun akhir. OK, ku tahu memang letih pun.. layan customer yang byk kerenahnya. Kalau hari cuti, my parent tak cuti pun. Cari rezekilah katakan. Bayar ini itu. Bayar lagi kelas tuition 2 orang. Macam mana tah nak belajar mun balik dari rumah hal dari tempat kerja dibawa balik dan bila rasa tak puas hati mulalah jerit-jerit arah kami, marah kami,  tinggi kan suara arah kami. Macam mana tah nak belajar~

Mengenai kami bohong ada project dari skolah. Kami mana ada bohong, memang ada pun project dari skolah tapi my parent apa durang faham. Siap lagi jumpa cg yang bagi project. Esoknya cg tu cari aku, marah (Or erti kata sebenarnya, tegur) aku. Malulah bila cg tu cerita to whole class. Siapa yang tak malu? Kadang-2 project tu perlu teamwork sama group tapi disebabkan aku inda dpt pegi ke rumah mereka, nasib baik ada je fb. Itulah kami chatting kan sana. Project tu perlu tambah apa, buat apa, cari apa tapi my parent fikir 'buat projectlah konon, buka fb lagi'. Walaupun dah jelaskan arah durang,mereka akan membabi buta terus jumpa guru. Macam yg ku ckp apa akan berlaku seterunya kamu semua tahulah kan?  Kadang-kadang lepas siap project tu, lepas hadap berapa jam, habis lenguh seluruh badan. Main game or lihat cerita utk hilangkan stress. Ani tah salah faham. My parent kadang-2 bukan nak tanya kami, terus buat keputusan sendiri...

Seterusnya, mereka ckp aku ni inda pernah buat kerja rumah. Ada je aku buat. Selaluya perkara ni aku gadu arah my friend.. ( thanks sebab memahami, kamu) Mereka selalunya akhir balik, apa yang mereka tahu. Selalunya my sis akan buat bila my parent balik, mana acik~ Kata durang tangan ku tak pernah sentuh utk buat kerja rumah. Perrgghh, selalunya my sis akan sterika tudung skolah ku siap dituduh kakakku cari penyakit sehingga aku malas. cantik punya bahasa~ Bagi ku bila mood baik ku dtg baru ku tolong tapi mana tah sempat. Extra class, h/w...Apa mereka tahu, mereka tak pernah cuba memahami kami. Tahu je jerit-2, arah itu ni. Macamlah kami ni kuli mereka.  Boleh pergi dah~ 

Ok, ada satu ketika dulu, pernah ku buat sehingga my parent marah. Masa tu umur mentah lagi. Tak perlu ku ceritakan macam buka aib sendiri rasanya. ok , aku tahu memang salah ku membuat perkara tu. Setiap kali gaduh ada je ungkit perkara tu. Bagi ku past is past~ Tak perlu diungkit sgt... 

Paling aku tak suka, siap mereka ungkit dan ugut kami. Ckp mereka setiap hari bagi $3 utk kami ke kantin. Lepas balik dari skolah habis dah digunakan. So utk kurangkan perbelajaan. Lain kali tak perlu diberi lagi $3, makan bubur je ke skolah. Ewahh, apa kes? Siap lagi no ais-krim, minuman. Macamlah aku minta. Dilarang balik ke rumah nenek. Kalau ada lawatan skolah, dilarang beri duit. Perlu direkod berapa harga semua barang kami beli sepanjang tahun ni. Bagi ku, aku pun sudah bersyukur dengan apa yang ada. Kami tak minta lebih daripada tu. Tapi, kenapa perlu....  

Selalunya mereka buat lupa yang mereka pernah pukul kami. Pura-pura lupalah tu tapi kami tak pernah lupa. Parutnya masih kekal pun~ Selalu je bandingkan anak orang lain. Anak org lain sopanlah, pandailah.. bla-bla bla (semua pujian yang baik-2 je..)  Kalau kami dihina, diberi kata-kata kesat... siapa yang tak sedih kan? Dickp kami suka lawan indung. Ceh, ani sudah lebih ni. Mereka tak pernah pun jadi contoh jadi indung kami. Tiba-2 je mengaku indung kami. Siap ckp merekalah yang lahir 9 bulan 10 hari lahirkan kami.. Yesss, i know.  Ada lagi my dad fitnah kami, ckp kami akan pukul my mom pasal terlebih bagi susu dan mahu lihat dia mati awal. Ya Allah~ cantik punya bahasa, macamlah kami akan buat macam tu. kami pun tahu dosalah. Ada ku tegur ckp ' dosa kami semua ditanguh oleh si ayah... lepas kahwin baru ditanguh oleh suami.' betulkan? Bila kami ckp kami akan balik lihat nenek kami di m'sia, lagipun nenek kami kan?  Lagipun kami cucu kandung dia. Mahu tahu apa my dad cakap. 'haha, kelakar.. macamlah kamu tu cucu kandung'  apa makna tu...? Entahlah...  

Kadang-kadang ada ku jeles lihat kawan-kawan ku ke luar negara. Mahu ku pergi utk dijadikan pengalaman tapi aku tahu keluarga ku tak mampu pun kecuali ada org belanja :P .Aku hanya dapat dgr je cerita dari kawan-2 bila mereka ke sana. kalau beli baju baru pun setahun sekali baru ada. Sedihkan~ Sometime aku tak berapa suka kawan my parent,  menghasut sentiasa to my parent. Ini tak boleh, Itu tak boleh. Like life is boring~ Itulah kadang aku lebih suka cerita to my friend dan di fb pun cerita to my ibu angkat. Kalau ku berkongsi cerita to my parent. Mereka suka pentingkan diri mereka, suka buat keputusan mereka sendiri, tak pernah nak berbincang sama kami, mereka je yang betul ( tahulah aku mereka yang rasa asam garam hidup ni dulu), mereka tak pernah cuba memahami kami. Bila di depan kawan-2 my parent,. pujilah kami ni melambung ; kami keuarga bahagialah walaupun kami tahu tak ikhlas pun. Dibelakang kawan mereka, faham-faham je... 

sampai menangisku menulis...Sob-2 :( 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...