Friday, June 27, 2014

Novel terbitan buku prime Ogos 2014





Tajuk: Aku Tak Salah
Penulis: KAMSIAH ABU
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Norsyazwani tidak pernah menduga akan menjadi isteri Airil Amri hanya melalui perkenalan yang begitu singkat. Dalam pada itu, hati Norsyazwani terusik apabila majikanya Badrul, membuat pengakuan bahawa dia amat mencintai Norsyazwani secara diam selama ini. Namun pengakuan itu sudah terlambat apabila Norsyazwani sudah membuat keputusan untuk menjadi isteri Airil Amri. 

Namun kebahagiaan yang diimpikan Norsyazwani hancur berkecai apabila mengetahui cinta Airil Amri terhadapnya adalah palsu dan lelaki itu telah menunjukkan belangnya sebaik sahaja mereka berjauhan dari kaum keluarga. 

Manakala Badrul pula tidak pernah putus asa untuk cuba memiliki Norsyazwani. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu cerita sebenar di sebalik wasiat arwah datuknya. Apakah yang berlaku di sebalik wasiat itu?

"Tak semua lelaki suka menunjuk-nunjuk depan perempuan. Lelaki yang jujur, takkan menunjuk-nunjuk." - Badrul

"Sebab Hani bukan anak ayamlah, maka Am nak ambil Hani dengan cara terhormat, iaitu melalui ijab kabul. Kalau anak ayam, Am terus ambil bawa lari aje." - Airil Amri

"Perkahwinan jugak bukanlah macam main pondok-pondok yang boleh dibina bila suka dan diruntuhkan bila-bila masa kalau tak sesuai." - Norsyazwani 

Karya terbaharu novelis Kamsiah Abu bakal terbit tidak lama lagi. Kepada peminat-peminat novelis ini ataupun bukan, bolehlah dapatkan karya terbaharu beliau yang bakal berada di pasaran pada Ogos 2014. Malah anda juga boleh mendapatkannya lebih awal dengan cara pre-order.


Novel ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. Lucu! Romantik! Bergaya! Stail! Komedi! Saspens! Apa lagi ya? Sendiri bacalah!

Tajuk: Ustaz Pink!
Penulis: Pistacia Vera
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Satu pertemuan bersejarah telah berlaku. Disebabkannya, Zahra menggelar Arif, pensyarahnya yang memiliki wajah ala-ala Eun Shi Kyung, sebagai Ustaz Pink. Walhal pensyarahnya itu bukan penggemar warna girly pun. Lain pula bagi Arif apabila hatinya sentiasa tertarik dengan gelagat gadis itu. Comel, perkataan yang sentiasa bermain di benaknya apabila berbalah dengan gadis itu.

“Apa kot-kot. Bangun lambat mana ada kot-kot. I don’t want to hear any excuses anymore. Saya bagi denda.” - ARIF si cool memanjang.

Setiap pertembungan membuatkan kedua-duanya bagaikan ada chemistry. Seperti molekul O2. Akhirnya daripada musuh bertukar menjadi kawan, boleh ke bertukar menjadi cinta sejati? Boleh ke mereka hidup bersama sebagai suami isteri? Kalau dah tertulis di dalam Lohmahfuz bahawa Zahra akan dijodohkan dengan Ustaz Pink juga, makanya tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.

“Hoi! Shiela! Kau nak aku cili-cili mulut kau tu ke? Punya sedap kau cakap aku suka Ustaz Pink tu!” - ZAHRA si gelabah tak bertempat. 


KECOH!!! MEMANG KECOH! Macam mana boleh Tersilap Pinang Isteri ni? Ini semua gara-gara pasangan kembar seiras, Syarina Azwana dan Syarina Azwani. Habislah Hairul Zafrel yang meminati si adik perlu berkahwin dengan si kakak. 
Nak tahu apa yang terjadi apabila Hairul Zafrel Tersilap Pinang Isteri? Nantikan kemunculan novel terbitan Ogos ini di kedai berhampiran.

Tajuk: Tersilap Pinang Isteri
Penulis: Niesya Hanie
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Syarina Azwana dan Syarina Azwani merupakan adik-beradik kembar. Walaupun mempunyai rupa paras seiras, sikap dan kelakuan kedua-duanya amat berbeza. Syarina Azwani merupakan seorang gadis yang lemah lembut dan berbudi bahasa manakala Syarina Azwana pula merupakan seorang gadis yang kasar dan sering memberontak. Namun, kedua-duanya amat disayangi Encik Rostam dan Puan Rosmini.

Kerana sikap tergesa-gesa Hairul Zafrel, banyak pihak yang terluka. Dia terpaksa menikahi Syarina Azwana sedangkan gadis yang dicintainya adalah Syarina Azwani. bagi menutup segala kesilapan, Syahrul Zikri dengan rela hati menawarkan diri untuk membantu. Kebahagiaan yang dikecapinya bersama Syarina Azwani benar-benar melukai Hairul Zafrel.

Demi sebuah kebahagiaan, seseorang harus mengalah dan berkorban. tetapi, siapakah yang sanggup untuk membuat pengorbanan yang sebesar itu? Adakah Syarina Azwana, Syarina Azwani, Syahrul Zikri ataupun Hairul Zafrel?

"Zwani pun sayangkan abang tapi abang tak boleh buat macam ni pada keluarga Zwani. Kami akan dapat malu besar kalau perkahwinan ni tak jadi, malah keluarga abang jugak akan menanggung malu yang sama." ~ Syarina Azwani

"Maafkan Zwana, bang. Zwana tak dapat nak terima abang, Iya, memang Zwana akui yang Zwana masih cintakan abang tapi Zwana masih trauma dengan perkahwinan kita yang dulu. Abang tengking Zwana, buat Zwana macam perempuan yang tak ada harga diri. Abang malukan Zwana." ~ Syarina Azwana

"Mama, Erul pernah sakiti Zwana. Erul jugak pernah mensia-siakan kepercayaannya. Erul tak fikir dia akan terima Erul semula. Kenangan bersama Zwani masih tersimpan dalam hati ini." ~ Hairul Zafrel



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters