Wednesday, June 18, 2014

Novel terbitan Karystos Creative 2014



ENCIK SEPARUH JIWA
ISBN: 978-967-12528-3-3

Blurb
Apa salah aku??? Kenapa kau buat macam ni, Rizal? Kenapa kau tinggalkan aku di hari pertunangan kita yang semakin hampir?
Dan kenapa sekarang kau menagih cinta aku kembali? Kenapa kau muncul semula di saat cinta aku dah beralih arah???
Aku cintakan Amir…hati aku milik Amir…tapi Amir dah jadi tunangan orang….kenapa bukan Amir yang menjadi tunangan aku?
Kenapa??? Andainya Amir yang menjadi Encik Separuh Jiwaku, alangkah indahnya dunia ini aku yang punya….
- NAMIRA RASYIFAH

Nami….aku juga cintakan kau….aku sayangkan kau….tapi aku tak 
tahu sama ada cinta aku ini benar-benar teguh ataupun tidak untuk 
kau….aku tak pasti adakah aku layak untuk bergandingan dengan 
kau….andai kau jodohku, aku terima…tapi jika kau bukan untukku, 
aku redha…aku pasrah…
- AMIRUL NAZMI

Amir, kau tak layak bergandingan dengan Nami…kau siapa, aku 
siapa? Aku ni kerabat diraja…akulah yang paling layak berganding 
dengan Nami….aku yang lebih sayangkan dia dari kau…akulah 
yang sepatutnya jadi pilihan Nami…kau jangan perasanlah Amir!!!
 – LUTFI

Aku mohon maaf Nami…kembalilah kepadaku…aku tersilap 
langkah…dia bukanlah yang layak denganku…hanya kau yang layak 
Nami…aku cintakan kau…aku sayangkan kau…jomlah kita 
kahwin…aku akan jaga kau…tak kira walau apapun,aku akan miliki 
kau…tak ada yang layak selain aku!!! – RIZAL

Kau jangan perasanlah Nami…tak ada yang layak pun untuk kau! 
Dahlah kolot, dress up macam mak cik-mak cik…kau ingat diorang 
betul-betul ke nak kat kau? Jangan nak poyolah dengan aku…aku lagi 
cantik… dahlah up to date lagi…Amir dan Lutfi tu milik akulah!!! - ELIA



Ada Cinta Dalam Hadir Mu
ISBN: 978-967-12084-9-6

CaptionApa Pun Terjadi, Kau Tetap Ku Cintai

Blurb
Kerana cinta, Farish percaya kepada semua alasan yang dicipta Alina. Namun kerana kepercayaan yang diberikan untuk Alina, dia hilang seorang sahabat.

Hilangnya sahabat bersama dengan terlerainya ikatan cinta. Alina ditinggalkan untuk mencari ketenangan dan erti cinta sebenar. Hidupnya bertambah kusut dengan mama yang asyik inginkan Kamelia menjadi menantunya. Luka lama pun belum sembuh, Farish malas nak menempah masalah baru. Dia belum bersedia. Hilang seorang teman, kini Farish hilang sahabat baiknya. Namun, perginya kini tak kembali. Bersama pemergiaannya tertinggal sebuah hasrat yang besar.Farish bingung adakah patut dia tunaikan?

 “Mohd Yunus Bin Tajuddin, kenapa awak nak kahwin dengan Sasha Ariadna Binti Ibrahim? Saya tahu saya ni memang cantik, sweet dan comelkan.” – Sasha

Kehilangan ibunya di ubati dengan kehadiran Yunus yang memberikan dia segala perhatian dan kasih sayang. Namun, manusia hanya mampu merancang, jodoh mereka tidak kesampaian. Sasha hanyut dengan dukanya hingga tidak menyedari yang dia hidup dalam bahaya. Nyawa Sasha dan satu-satunya insan yang dia sayang dalam bahaya angkara dendam lama.

Ikatan terjalin atas dasar sayangnya mereka kepada kekasih dan sahabat. Untuk Farish, dia benar-benar cinta. Sasha, pula masih keliru dengan perasaannya. Pada Sasha rasa cintanya dah lama pergi bersama perginya Yunus.

ANDAI ADA CINTA DALAM HADIRMU, aku ingin merasa bahagia. Namun, pengkhianatkah aku? Mengkhianati cinta kami- Sasha.

ANDAI ADA CINTA DALAM HADIRMU, bukalah hati mu untuk merasakan kasih sayangku. Aku ikhlas menyayangi mu, ingin menjaga dan menlindungi mu. Aku sungguh mencintai mu sepenuh hatiku…. – Farish


Cinta Itu Indah
ISBN: 978-967-12528-2-6
Caption"Sesuatu yang hebat tentang cinta, semakin aku menyangkalnya semakin dia membuatku jatuh cinta… " 

Blurb
       Sebelum kenal dia tak ada satu benda baik pun aku fikirkan pasal dia. Sombong! Diktator! Ada tong ko lemas dalam mulut! Berlagak macam dia bos aku sedangkan dia bukannya bos aku pun. Huh! Menyampah betul. Stress! Aku berazam aku tak nak lagi terserempak dengan pengurus besar @ Tuan Ray @ lelaki sombong tu! Titik!
         Segalanya bermula disebabkan jenayah yang di tuduh Tuan Ray tanpa sengaja…

        “Maafkan saya tuan. Saya tak dapat kawal diri tadi,” – Qila

        “Tak dapat kawal diri? Sebab tu awak ambil kesempatan untuk peluk saya? Bagus alasan awak tu,” – Tuan Ray
      Disebabkan sikap lelaki itu yang kadang-kadang boleh menimbulkan salah faham, Aku terfitnah dia lebih dari sekali sehingga melarat kepada tuntutan kemaafan yang melibatkan sebuah pembayaran

       “Maaf? Tempoh hukuman dulu baru habis, Sekarang awak dah buat fitnah sekali lagi?”

      “Habis tu macammana ni tuan? Tuan nak maafkan saya atau nak lanjutkan lagi tempoh hukuman?”
Sekali lagi aku turutkan kemahuannya.Lama-kelamaan tidak semena-mena dia keluarkan magic word ciptaannya.

      “Saya suka awak,”

      “Apa?”

      “Yes, I am madly in love with you!”

      “Awak boleh ambil masa seberapa banyak yang awak nak untuk fikir tentang hal ini,”

      “Saya tak perlukan masa.Tuan dengan saya? Saya rasa tak mungkin,”
Tak mungkin.Aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi tapi kata Tuan Ray perasaannya itu adalah anugerah dari Allah.
Bermain dengan api cinta.....  Mungkin CintaItu Indah buat Qila..Bagaimana pula dengan Tuan Ray?
Tegakah dia mempermainkan gadis sepolos Qila? Kisah cinta mereka asalnyakan hanya sementara? Kemanakah akhirnya percaturan cinta mereka?

     Kisah ini memaparkan betapa sukarnya hendak memiliki sebuah kasih sayang yang benar-benar bererti dan betapa susahnya manusia hendak mencapai tahap keimanan yang sejati.  Kerana nafsu dan kuasa manusia sanggup menjahanamkan hidup orang lain dan juga merosakan diri sendiri. 

Selumbar Kasih Bertunjang Hempedu
ISBN: 978-967-12528-0-2
CaptionSaat Hati Ku Di Panah Duka,Kau Injak Beribu Angkara

Blurb

      Aku tak pasti milik siapakah hatiku ini….kalian bertiga adalah sebahagian dari hidupku. Aku tak tega untuk menghampakan kalian. Sungguh aku bingung dalam membuat pilihan ini. Tapi aku pasti Allah takkan menganiaya hamba-Nya. Andai pilihanku adalah salah seorang dari kalian, aku akan bias menerimanya.  
– JASMIN-

      Jasmin, aku akan tetap menunggu walau seribu tahun sekali pun….walau aku membujang sampai ke tua, walau apapun aku tetap menantimu. Sungguh aku sanggup. Andai kata cintamu bukan miliki, aku terima kerana aku tahu Allah itu adil. Apa pun, aku ingin kau tahu yang aku tetap cinta kamu sampai ke akhir hayatku….               
– RENGGANA-

      Maafkanlah abang…..abang benar-benar minta maaf. Abang sayangkan Jasmin…terimalah abang. Abang sedar abang berdosa pada Jasmin. Terimalah abang kembali. Sungguh abang perlukan kamu. Kita bina kembali hidup kita….Abang cintakan Jasmin…    
- ASRUL-

       Wahai cinta hatiku, siapa pun yang kau pilih, aku akan terima. Kerna aku tahu dialah yang selayaknya…andai bukan aku, aku reda. Aku sedar aku takkan pernah layak untuk menggenggam cintamu…cintamu sungguh tulus sampaikan aku tak mampu menggapainya…namun kasihku ini akan tetap aku abadikan dalam ‘My Lovely Jasmine’. Terimalah ‘My Lovely Jasmine’ ini sebagai tanda cintaku padamu walau diri ini bukan pilihanmu….      
-YOSHI-

Aku Dia Dan Hot Chocolate
ISBN: 978-967-12528-1-9

Caption"Hidup inipersisi sebuah resipi, ada ramuannya, ada rencah rasa, ada pahit manis."

Blurb
“Bestnya hot chocolate ni….kalau dapat minum hari-hari lagi best…siapalah makernya ni?? Mesti makernya pun hensem kan….Eh, apasal aku fikirkan pasal makernya pulak? Ke aku dah jatuh cinta ni??? Cinta??? Oh, no…aku takkan jatuh cinta lagi…cinta dah pun mati dalam hidupku…buat apa kalau cinta aje, tapi hidup merana?? Aku memang takkan jatuh cinta…NEVER….”  – HANY

“Hany, boleh tak awak ni jangan nak emo sangat? Kenapa awak jadi macam ni? Pleaselah….bukakanlah pintu hati awak tu…sekiranya bukan saya pilihan awak pun, tapi awak cubalah bukakan kunci hati awak tu pada yang selayaknya…saya memang sedar saya ni siapa…saya tak layak untuk awak…tapi saya tetap jua menyimpan angan agar awaklah rusuk kanan saya yang hilang itu….”  – NIEL

“Eh Niel, kau jangan mimpilah Hany akan pilih kau...Hany milik aku! Milik aku!!! Kau faham tak?? Aku akan pastikan Hany tetap menjadi milik aku yang abadi…Tiada lelaki lain yang layak untuk dia selain aku…Langkah mayat aku dulu kalau kau berani menghampiri Hany… -KHAIRIL


“Apasal semua jantan sukakan kau, hah? Apa, aku ni tak cukup cantik ke?? Aku heranlah dengan kau ni, dahlah pergi annual dinner pun pakai sneakers….memang takde taste langsung….yang korang berdua ni sukakan perempuan ni kenapa?? Apa yang dia ada tapi aku takde….Aku lagi cantiklah….  – ZILA THE GEDIKS






Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters