Wednesday, June 18, 2014

Novel terbitan KN bulan Julai 2014


SAAT AKU MENCINTAIMU - SALWATI HARIS KASANOVA MACAM DIA! - LEYA ZARINE SAYANGKU SAMPAI KE BINTANG - DILA DYNA

--------------------------- -------------------------


SAAT AKU MENCINTAIMU
No. ISBN:- 978-967-0448-71-8
Jumlah muka surat:- 848

Sinopsis:-
Idzry seorang lelaki yang baik, mesra dan sempurna di mata Elisa. Cinta yang mereka sulam bersama bagaikan tiada surutnya. Hilman pula seorang lelaki yang penuh dengan muslihat.

Cinta tanpa restu dan satu pembohongan telah meleraikan ikatan kasih antara Elisa dan Idzry. Saat-saat akhir lelaki itu bakal bergelar suami orang, dia dikejutkan dengan pengakuan Idzry yang meletakkan maruah dirinya di
tempat yang paling bawah!

Kekusutan itu semakin membebankan apabila Hilman menyatakan perasaan cinta padanya dan lelaki gila itu melakukan pelbagai perkara di luar jangkaan semata-mata hendak menarik perhatiannya.

Elisa rimas! Dia benci! Dan dalam masa yang sama, Idzry kembali menagih kasih. Mahu tidak mahu, Elisa harus berdepan dengan situasi yang bakal menjerat hatinya sendiri.

“Telah aku ukir wajahmu dalam hatiku... bersulam cinta hingga ke hujung nyawa.”


KASANOVA MACAM DIA!
No. ISBN:- 978-967-0448-72-5
Jumlah muka surat:- 912


Sinopsis:-
Putri terpaksa hidup tanpa ayah, ibu mahupun adik-beradik kerana satu rahsia. Dia hampir hilang pedoman. Zahiril memandang rendah terhadap diri sendiri kerana satu kekurangan dalam dirinya. Kerana kekurangan itu dia menjadi seorang kasanova tegar!

Pertemuannya dengan Putri telah membangkitkan satu rasa yang telah lama terkubur dalam jiwanya. Daripada seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan, dia menjadi pendamping setia. Gadis itu terus diburunya. Putri lemas sejak kehadiran Zahiril dalam hidupnya. Sudah puas dia mengelak. Bermacam cara telah dilakukan. Tetapi pemuda itu semakin galak mengejar dirinya.

Apakah patut dia menerima pemuda itu sebagai jodohnya? Tapi bagaimana dengan Engku Mariah? Keadaan semakin meruncing dengan kemunculan Syaerah. Siapa Syaerah? Apa kaitannya dengan Zahiril dan Putri?

“Aku keliru! Apa perasaan yang menyesakkan dada ni? Ada yang kata ini cinta. Cinta?! Macam mengarut aje?”


SAYANGKU SAMPAI KE BINTANG
No. ISBN:- 978-967-0448-73-2
Jumlah muka surat:- 584

Sinopsis:-
Perkahwinan yang diatur tanpa pengetahuan kedua-duanya membuatkan mereka memberontak!

“Apa tak cukup senang ke hidup kita sekarang? Ray ni membebankan atuk ke sampai atuk sanggup nak jual Ray masuk ke keluarga Dato’ Umar macam ni sekali? Kalau ya, Ray boleh keluar cari kerja!”-Raisha Mahira

Namun takdir lebih pantas memintas tingkah. Ijab dan kabul sudah terucap jelas. Tapi ke mana hendak diarahkan bahtera yang tiada hala tuju ini? Perang mulut yang terjadi tanpa sengaja menjarakkan lagi hubungan yang kian tegang. Kerana satu peristiwa, Raisha pergi dengan kecewa, saat Hasif bertemu cinta baru.

Jarak waktu yang berlalu membawa semula Raisha ke Malaysia. Kehadiran semula sang isteri memberantakkan hubungan yang disulam bersama Hana.

“Tak nak pergi kejar kekasih hati yang dah merajuk ke? Ke…dah tertawan dengan kecantikan I?”-Raisha Mahira

“You’ll pay for this! I swear!”-Hasif Nadhmi

“Antara jarak dan waktu, kedua-duanya telah aku pilih. Tapi, kenapa bayangmu masih dapat kurasakan?” – Raisha 
Tika aku mabuk dalam bahagia yang dicipta tanpamu, kau pulang tanpa dipinta. Tapi, mengapa dulu kau yang kupandang sinis, semakin manis kurasakan?” – Hasif.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...