Thursday, July 3, 2014

Novel terbitan alaf21 ogos 2014



Sorry, Aku Bukan Dia
Iza Safiya
ISBN: 978-983-124- 969-7
Halaman: ~640

Sinopsis
Berbicara tentang cinta, Hazry memang pandai berteka-teki. Tampak tenang di wajah tetapi sukar melafazkannya di dalam hati. Dia memang lelaki penyabar. Biarpun Hani Mariya dibelenggu kecelaruan perasaan dek ilusi cinta lalunya bersama Hans Muneef, namun Hazry rela menerima Hani sebagai isteri. Tapi rupanya, jurang yang tercipta lebih dalam daripada yang dijangka. Kekecewaan itu semakin menjeruk rasa. Cemburu buta mula membakar ego seorang suami. Dan bukan mudah untuk Hazry kekal menjadi pencinta setia. Terlalu banyak pengorbanan yang harus Hazry lakukan untuk membuktikan cintanya. Bayangan Hans Muneef harus dibakar dari terus mengekori denai cintanya bersama Hani. 


Tolong Cari Suamiku
Asmah Hashim
ISBN: 978-983-124- 970-3
Halaman: ~592

Sinopsis
Mastura – Suamiku menghilang tiba-tiba entah ke mana. Khabar diterima menghancurkan hatiku. Bohong aku tidak rindu. Sudahlah ditinggalkan aku dengan ibu mertua yang brutal! Dibuatnya aku seperti orang gaji! Tak boleh jadi. Aku mesti buat sesuatu!

Halijah – Bertuah punya anak! Lain yang aku harapkan, lain pula jadinya. Harta itu hak aku. Mastura itu siapa? Jangan harap dia boleh senang-lenang dengan harta anak aku! Aku tidak peduli. Dia harus aku hapuskan dari dunia ini. Akan kurampas kembali hakku. Sampai mati pun dia bukan menantuku!

Katrina - Malang sungguh nasibku. Kufikirkan aku mampu memiliki semuanya. Kuturutkan kata hati demi harta itu. Memang tak guna! Pengorbananku sia-sia. Kau akan terima balasannya, Mastura! Kau tunggulah!


Akulah Si Jelita
Syaida Ilmuna
ISBN: 978-983-124-971-0
Halaman: ~528

Sinopsis
Kesat air matamu, Jelita! Orang yang sepatutnya menangis, Asfahan. Dia harus menjilat setiap dosa yang dia tinggalkan buatku. Luka ini terlalu lama. Kini, masa untuk melunaskan dendam. Bukan lagi meratap tangis. – Jelita

Aku ingin merasainya. Aku amat merinduinya. Biarpun hatiku telah digilis berkali-kali, aku tetap menyimpanmu jauh di sudut hati. Aku teringin menjadi yang dicintai dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Berikan aku sedikit cinta… - Lara 

Adakah ini balasan yang adil buat aku? Ya ALLAH… sungguh aku manusia berdosa. Bila cinta itu masih boleh dipupuk, aku sia-siakan. Bila cinta itu jadi dambaan, aku ditolak seperti sampah yang kian membusuk! Maafkan aku kerana tidak mampu berhenti daripada terus mencintai kau! – Asfahan



Petaka Nyawa
Riduan Judin
ISBN: 978-983-124-972-7
Halaman: ~576

Sinopsis

Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

Unknown said...

Terima kasih admin, blog yang sangat menarik buat hati tertarik hehe :)

Author of Petaka Nyawa <----

Tinta cinta said...

hehe.. terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters