Wednesday, July 16, 2014

Novel terbitan idea kreatif july 2014


AKU BUKAN TOUCH & GO

Bila ibunya keluarkan arahan ala-ala askar jepun mahu bertemu bakal menantu, Zarin Sofea jadi buntu. Bukan sebab dia tak ada calon tetapi Ikmal, si kekasih hatinya banyak sangat alasan. Terdesak, Zarin tiada pilihan selain memujuk Nasrin, tuan punya butik tempat dia bekerja untuk menjadi pelakon. “Nas, takkan kau nak biarkan model kesayangan kau ni dalam kesusahan. Kesianlah kat aku.” - Zarin “Amboi! Bukan main lembut lagi suara kau bila nak minta tolong. Tak kuasalah aku nak jadi pak sanggup!” - Nasrin “Helo, kau tau tak makna pak sanggup? Cakap tu agak-agak sikit ya.” – Zarin Nasrin yang lembut tapi hatinya memang lelaki sejati. Pujukan Zarin buat dia lembut hati. Tapi alasan sebenarnya, dia memang sukakan Zarin. Masalah timbul apabila lakonan harus berpanjangan sehingga ke alam perkahwinan. Syarat Zarin, mereka hanya kahwin sementara. Bila Ikmal dah bersedia, Nasrin harus lepaskan dia. Tapi bagi Nasrin, lain pula ceritanya. Dia sanggup berubah demi Zarin. \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\"Sejak bila pula dah pandai pergi gym ni Nas?\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\" - Lily \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\"Sejak aku tahu yang Zarin suka orang badan ketak-ketak.\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\" - Nasrin Mampukah Nasrin yang digelar Nata de Cocoa oleh Zarin berubah menjadi lelaki sejati dan sekaligus menggoyah hati seorang isteri tatkala mereka tinggal sebumbung? Atau.... dia harus melepaskan Zarin Sofea ke tangan Ikmal bila sampai waktunya nanti?

BAHASA HATI KITA 
Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi. “Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain.” - Que. “Aku tak susahkan orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?” – Jed Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri sebagai isteri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi..rasa seperti dia tak mampu. “Kau memang benci aku, kan?” tanya Jed pada Que. “Aku tak cakap aku benci...” “Tapi, kau tak suka aku,” cantas Jed. “Pun aku tak cakap aku tak suka...” Que renung Jed dua saat. “Kalau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau...” Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que, tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan. “Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu...” - Jed “Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi...” - Que. Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi sri kandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters