Thursday, July 24, 2014

Novel terbitan October august 2014



BIASAN CINTA SEMALAM
Karya: Uji Norizqi
ISBN: 978-967-0707-17-4

“Namun hati ini sentiasa berkata... kerana engkau yang pertama dalam hati... siapalah aku untuk membenci.”

Kalau kata-kata cinta itu dilontarkan oleh Azrul suatu ketika dahulu, saat rasa cinta itu begitu mendalam, mungkin Melia akan menerimanya dengan hati yang penuh berbunga-bunga. Tapi tidak lagi sekarang… Hatinya sudah ditumbuhi rasa benci terhadap lelaki itu semenjak lelaki itu menghina kesucian perasaan cinta itu.

Dan kini, Melia bukan Melia yang dulu. Dendam yang disimpannya semenjak dikecewakan oleh Azrul, membuatkan Melia lebih senang mempermainkan perasaan insan bergelar lelaki. Untuk jatuh cinta, tidak ada lagi buat gadis cantik itu. Tapi sampai bila dia harus terus begitu?

Setelah bermacam-macam ‘si dia’ lakukan untuk mendapatkan tempat dalam hatinya, akhirnya Melia nekad untuk membuka pintu hati yang sekian lama tertutup.


“Terserahlah dekat awak, saya tak boleh menghalang awak. Lagipun saya sendiri masih tercari-cari siapa sebenarnya jodoh saya.”

“Mel, izinkan saya jadi calon jodoh awak.”

Apabila dia sudah bersedia untuk menerima lamaran daripada insan bernama lelaki, mengapa masih ada rasa ragu-ragu itu?

Adakah Tuhan sudah mentakdirkan Melia untuk terus bersendiri dan terus kecewa dek kisah semalam yang penuh keperitannya? Atau sebenarnya… akan hadir seseorang yang benar-benar akan membawanya mengecap kebahagiaan yang diinginkan?

“Itulah hakikat hati. Sejauh mana aku cuba lari, sekuat mana aku cuba menafi aku takkan mampu menipu diri sendiri.” 

~~~~~

PENCURI HATI VS PENEMBAK CINTA
Karya: Ailah Diela
ISBN: 978-967-0707-16-7

I want a girl with a short skirt,
And long... long jacket...

Kenapa Gun kata lirik lagu ni memang kena dengan Maira? Ah… Bagi Maira, Gun ni hanya tahu menembak saja. Menembak dengan kata-kata yang menyakitkan, menembak dengan pandangan mata… dan mampu juga menembak hingga menusuk ke dalam hati Maira sehingga Maira dapat rasakan… sesuatu!

“Kau pernah pakai tudung tak? Umi cakap, rambut perempuan tu aurat. Kenapa kau tak pakai? You must look so beautiful when you wear the scarf. I can imagine that. Mesti kau nampak cute gila kan?”

Maira semakin gelisah apabila ada satu rasa yang dia sendiri tidak pasti apabila bersama dengan Gun, lelaki yang dulunya dia gelarkan sebagai mr. naughty. Tapi bagaimana dengan tunangnya, Fatah? Mr. handsome yang selama ini Maira rasakan paling handsome, paling romantik dan mempunyai senyuman yang paling menawan itu? Adakah Maira telah curang dengan tunangnya sendiri? Ohhh… macam tak sesuai aje! Baginya, Fatah tetap segala-galanya. Gun hanyalah sesuatu yang belum pasti.

Adakah Gun telah berjaya membuatkan hati Maira berubah arah? Adakah hati Gun juga berjaya ditawan oleh Maira, seorang gadis yang penuh persona dan sentiasa dapat memikat mana-mana lelaki yang memandangnya? Dan adakah Fatah akan menerima semua itu dengan hati yang terbuka tanpa mahu mempertahankan cintanya terhadap Maira?

“It’s true, my lovely hubby. You are the most handsome guy that I have ever met. Mata yang memukau pandangan. Hidung yang macho. Bibir yang tersangatlah seksi. Dan janggut kambing yang very interesting!” 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...