Thursday, July 3, 2014

Novel terbitan october julai 2014



RINDU BUKAN MILIK KITA
Karya: Norhasnida Karia
ISBN: 978-967-0707-15-0
Terbitan: October

Sinopsis:
“Ya, untuk pengetahuan semua wanita di luar sana, lelaki ini ialah milikku… ”

Walaupun pada asalnya dia bukan milik aku dan aku bukan milik dia namun telah tertulis di lohmahfuz bahawa jodoh aku ialah dia.

Aku dan dia ditakdirkan bertemu di tempat yang sama. Pertemuan yang menyebabkan dia harus menjaga aku atas amanah Izham dan aku harus menjaganya atas permintaan Adrianna. Disebabkan itu, bermulalah kisah antara aku dan dia. Kisah antara Izara dan Aril. Kisah yang kami cipta sendiri dengan bersyarat iaitu tiada siapa yang boleh tahu mengenai kisah kami ini!

Adakah benar aku mengkhianati kepercayaan Adrianna terhadapku?
“Entahlah Zara, Aril sekarang dah tak sama macam Aril yang aku kenal dulu. Kenapa, Zara? Aril ada perempuan lain ke kat London dulu? Atau ada sesuatu yang dia rahsiakan daripada aku?”

Adakah Aril juga turut bersalah kerana memilih rasa cinta terhadapku, berbanding persahabatannya bersama Izham?
“Aril, apa pendapat kau kalau aku masuk meminang Zara? Tapi dia macam tak bersedia saja. Bro, kat London dulu ada tak mana-mana lelaki yang rapat dengan dia kecuali kau?”

Aku tahu semuanya salah aku! Tapi aku tidak mampu menolak takdir. Nama Aril tidak mampu aku padam bahkan telah aku semat kukuh dalam hati ini.
Dan aku rasa… dan Aril juga rasa… sudah tiba masanya untuk kami berdua membongkarkannya


AJARKAN AKU SUBJEK CINTA
Karya: Wazrul Shah
ISBN: 978-967-0707-14-3
Terbitan: October

“Orang tak nak jadi yang pertama dalam hati awak... Sebab selalunya di setiap yang pertama tu ada kedua, dan pastinya akan disusuli dengan yang ketiga. I don’t want to be your number one. I want to be your only one. Can I?”
Pada mulanya, aku curiga juga dengan lelaki yang entah siapa, datang menyelamatkan aku, kemudian meminta nombor telefon mama aku! Mama pula boleh pula dengan mudah percayakan lelaki bernama Shark itu untuk berdating dengan aku.

“Fit nak minta tolong Mimi intipkan perempuan mana yang dah buatkan Abang Fiq jatuh hati.”
Alamak! Fitri tak tahu ke yang perempuan tu sebenarnya aku! Tapi bukan aku yang gila-gilakan laki dia, laki dia, si Fiqroul tu yang asyik mengejar aku kerana kata dia, dia tak mampu melupakan aku meskipun sudah berkahwin.

“Ya... Gilakan awak! Awak tak pernah nak layan saya selama ni.”
Huru hara hidup aku jadinya bila datang seorang lelaki yang mengaku telah lama jatuh cinta dengan aku dan telah mengenali aku sejak dulu. Amirul Hazim nekad untuk mendapatkan aku dengan menghantar mamanya untuk meminang aku!

“So Misha, seronok bercinta?”
Hadif merupakan seorang kawan yang sangat memahami dan boleh diajak bercerita. Bagi aku, dia boleh diharap untuk membantu aku menguruskan klinik gigi aku itu.

Dan kini… hari yang paling aku nanti-nantikan menjadi kenyataan. Saat aku bakal bergelar isteri kepada Shark, lelaki yang aku pilih untuk menjadi teman seumur hidupku. Adakah impian aku dan dia bakal menjadi nyata? 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters