Tuesday, July 29, 2014

SelaMat Hari Raya MaaF Zahir Dan Batin -2014-



Salam sayang di Aidilfitri.., 

2014 tahun bermakna…  Kalau ada dikala terkasar bahasa n tersasul kata terpalit luka, andai laku dan sikap tersalah tingkah atau menyakitkan, seandainya gurau ada terkata dan terlebih rasa (cewahhh! Ayat..;) )

Dikesempatan ini dipinta ku susun sepuluh jari termasuk jari kaki saya (biar betul sampai jari kaki bagai..haha~ siap hulur tangan ni :) ) dan dengan rendah hatinya memohon seribu kemaafan setulus hati untuk kealpaan pada semua kengkawan jauh dan dekat sekiranya diri ini ada menyakiti , dalam tindakan terguris rasa ,tersilap, Termengumpat, tak terjaga adab bicara,terkerek,terover,terkurang,terpoyo, tak terlayan, tersinis, terpinjam dan semua ter lagi, Janji kadang² tak dikotakan, Hati kadang² berperasangka, Kalau tercuri sesuatu?  (Tak,Halalkan juga. Hehe~ ) ketelanjuran kata, sepanjang tempoh perkenalan kita semua (sungguh2 nak mintak ampun dari korang semua!). Jika ada salah jangan malu jangan segan utk tegur ya… :3

Andai post status saya, komen2 saya atau like2 saya di Alam Maya ini telah membuat sesiapa yang terasa, kecil hati, kecewa, ada bahasa saya yang kurang menyenangkan hati, tersinggung atau marah anda semua.. Maaf sangat2. Kalau saya ada hutang halalkan laa ya? (Halal kan semuanya tau…). Sama ada secara sngaja atau tdak sngaja , terzahir ataupun tidak segala kesalahan saya sbg insan biasa yg x pernah lari dari melakukan bnyk Kekhilafan diri dr baiknya selama ini kepada semua.. Aku bukan manusia sempurna yang hidup bebas dari dosa dan noda (Ehh, perlu ke letak ‘noda’? entah!)

‘Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Lupakan sengketa lama, kita buka buku baru’

Moga hari mulia kali ini dipenuhi dengan sinar bahagia & ceria. semoga semuanya manis2 belaka, ala2 semanis kurma gitu.. hik hik~ . kita merapatkan, Satukan dan eratkan (banyaknya :3 tapi memberi makna yang sama)  dan kekalkanlah ikatan ukhwah ni hingga ke akhir hayat yg telah menjauh di antara kami.  Moga akan menambahkan ikatan persaudaraan. Perkenalan yang jujur walau tidak saling mengenali dan andai tak sampai tangan menghulur...Ku pohon keampunan dari jauh dan kalian sentiasa di Rahmati. Kira kosong-kosang laa yerr ? 

Buat guru-guru,
halalkan segala ilmu yang kalian telah berikan kepada saya.

p/s: Duit Raya jangan lupaaa>< dan jemputlah aku dtg ke rumah yeerr. Selamat balik kampung, selamat beraya, drive safe, stay safe! Thanks jugak sebab banyak selalu ambill berat tentang aku selama ni dan sentiasa menjadi kawan dan pendengar setia aku..thanks kerana menceriakan hari-hari ku... 


Dgn ingatan tulus iklhas daripada @cyin.23 seisi keluarga. 
Salam sayang, Luv u muahhh~

SelaMat Hari Raya MaaF Zahir Dan Batin..



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters