Wednesday, August 6, 2014

Novel terbitan karyaseni bulan OGOS 2014




(NOVEL TERBARU OGOS)

Tajuk: Dia... Cinta Yang Kucari
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-77-2

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.

“Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir...” - FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

“Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan...” -FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.

“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?” - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat. “Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH

Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

“Aku nak yang macam Luth. Fiya, Lee. Luthfiya. Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar. Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan. Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya. Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji.

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?


Tajuk: Jujurlah... Nikahi Aku
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-78-9

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis „istimewa‟. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik- baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.

AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

Milik siapakah „Cinta Terakhir‟ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters