Monday, October 20, 2014

Novel terbitan october bulan November 2014



BUKAN MILIKKU JADI MILIKKU
Karya: Arsha 
ISBN: 978-967-0707-23-5

“Kalau abang sudi, jadi yang halal untuk Siti. Tapi Siti dapat agak jawapan abang. Tak mungkin abang akan jadi yang halal pada Siti. Siti tak layak untuk abang...”

Eshaq Hakimi bukan tak sayangkan Siti Shafura. Tapi peristiwa daripada pertemuan pertama mereka yang telah menyebabkan Eshaq Hakimi bagai berdendam dengan gadis yang sopan dan sangat memelihara agamanya itu. Dia tak pernah menyangka akan bertemu dengan gadis itu sekali lagi, lebih-lebih lagi perasaan marahnya masih belum reda.

Siti Shafura juga tidak menyangka, mereka akan dipertemukan lagi dan tak hairanlah jika lelaki itu masih cam wajahnya dek kesalahan yang dilakukannya tempoh hari. Tapi memang tidak adakah ruang kemaafan untuknya walaupun dia berusaha untuk menebusnya?

Dan kerana hutang yang belum diganti itulah yang menyebabkan Siti Shafura akur dengan setiap permintaan lelaki itu.

Siapa sangka, dalam diam ada bunga yang mekar dalam hati lelaki itu. Tapi dek rasa takut selepas dikecewakan, dia cuba menidakkan perasaan itu. Namun takdir juga bagai mengerti dan jodoh mereka bagai telah tertulis apabila Siti Shafura meminta dirinya dinikahi oleh lelaki itu dengan harapan lelaki itu akan menjadi haknya yang halal.

“Aku setuju nikah dengan kau, tapi aku ada syarat aku sendiri.”

Syarat? Adakah Siti Shafura akan menerima syarat itu dengan hati yang terbuka padahal seorang wanita yang bergelar isteri haruslah menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap suaminya sendiri? Kerana syurga seorang isteri itu mudah diperoleh jika taat dan patuh kepada si suami.

Kini, hubungan yang masih baru terjalin, tambah rumit apabila datang Datin Julia yang menuntut janji yang dibuatnya dengan Eshaq Hakimi. Saat lelaki itu hendak ‘cuci tangan’, banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya. Semuanya demi insan yang mula mendapat tempat dalam hidupnya.

“Orang yang dah bertaubat nasuha, takkan ulang dan takkan buat lagi benda-benda yang dia nak tinggalkan tu...”

Mampukah Eshaq Hakimi melawan segala dugaan yang datang untuk kembali ke jalan-Nya? Dan adakah mudah untuk Siti Shafura menerima kenyataan tentang kisah lampau suami yang dicintainya?

“Terima kasih sebab kau sudi jadi isteri aku. Aku takut kau pergi dari aku.”
“Selagi memang dah tertulis jodoh tu milik kita, walau apa pun jadi, Siti tetap jodoh abang... Insya-Allah...”


AWAK SANGAT NAKAL!
Karya: Syamnuriezmil 
ISBN: 978-967-0707-22-8

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

Nour Leeman said...

sipnopsis novel..rajin adik buat review..thumbs up!!

Tinta cinta said...

hehe.. thanks akak.. dah memag minat sgt dgn novel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters