Tuesday, January 6, 2015

Novel terbitan buku prima bulan February 2014




Tajuk: MY LOVELY TENGKU
Penulis: Pitteriah Abdullah.
Terbitan Buku Prima

Sinopsis:
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Zara Irdina anak tidak sah taraf. Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.

Tengku Izraf Akif, anak golongan bangsawan, punya nama dan harta. Dia adalah pewaris takhta, menjadi rebutan dan pujaan ramai. Hatinya hanya kepada Zara Irdina seorang, malangnya Zara Irdina menolak lamaran Tengku Izraf Akif kerana dia hanya anak orang kebanyakan. 

Tengku Izraf Akif mengambil kesempatan untuk merebut kembali hati Zara Irdina supaya kembali ke pangkuannya. Pelbagai cara dilakukan oleh anak raja ini. Demi menjaga kehormatan diri, Zara Irdina menerima lamaran Tengku Izraf Akif. Malangnya hubungan mereka dilarang oleh golongan bangsawan dan masyarakat.

Dapatkan Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina meneruskan perkahwinan mereka? Siapa sebenarnya ibu bapa Zara Irdina?


Tajuk: SAKITNYA HATI AKU!
Penulis: Ebriza Aminnudin
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis: 
QISHA Mirza seorang gadis yang amat sukar menemui cinta hatinya. Sering berasa jemu dengan pasangan yang berdampingan dengannya. Ada sahaja yang tidak kena membuatkan dia menolak cinta pasangannya itu.

Pertemuan yang tidak disangka dengan Fulshan di dalam kursus guru-guru pra sekolah membuatkan hatinya terpaut. Sikap Fulshan yang begitu menghiburkan mencengkam sanubari Qisha Mirza sehingga dia sukar untuk melupakan lelaki itu. Namun ketika dia benar-benar jatuh cinta, Fulshan pula bermain tarik tali. Bukannya Fulshan tidak sayang dengan Qisha Mirza namun ada yang menghalang dirinya untuk terus bersama dengan gadis itu.

Sikap Fulshan membuatkan Qisha Mirza tertekan. Sakit benar hatinya dengan sikap lelaki itu. Kenapa cinta yang hadir begitu sukar untuk diraih kebahagiaan? Apakah sebenarnya yang disembunyikan Fulshan?

Saya tak rela bersuamikan lelaki yang mudah menyerahkan cinta pada orang lain. Saya tak rela bersuamikan lelaki yang ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Ngerti! – QISHA MIRZA

Kata orang, perempuan yang suka mengelak apabila berbicara tentang cinta bermakna perempuan tu dah pun jatuh cinta dengan lelaki tu, cuma dia tak nak dedahkan isi hatinya aje. Betul ke? – FULSHAN

“Antara ramai-ramai orang, kau yang terpilih untuk berhadapan dengan ujian cinta yang cukup menyakitkan ni. Walau apa pun pengalaman cinta yang kau lalui, kau tak harus menyalahkan takdir.” - Farra Fauzana Nazira



Tajuk: PENDAMPING
Penulis: Zyra Safiya
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Helena sukar dimengertikan tingkah laku dan pemikirannya. Hijab Amy yang terbuka pula mampu melihat lebih daripada yang diinginkan. Hadir antara mereka adalah Zarif.

Saat Helena menagih cinta daripada Zarif yang tidak mampu memenuhi, jalan yang sukar dipermudahkan dengan hawa nafsu yang bertuankan syaitan durjana. Khidmat Cempaka nun jauh di pondok usang yang digeruni, dicari lalu hati Zarif yang liar memberontak ditundukkan.

Amy mengocak kasih, pencetus cinta. Dia nampak kehodohan sifat manusia yang rakus mahu menguasai biarpun perlu menganiayai.

Berjayakah Zarif ‘melepaskan’ diri daripada Helena? Mampukah Amy membutakan setiap penglihatannya?

“Zarif perlu diajar. Zarif perlu ditakluk. Jika bukan cara lembut dan manis, biarlah hasad dan jahat. Biar menang, bukan malu.” ­– Helena

“Apa benda hitam bergayut di belakangnya tadi?” – Amy

“Kalau terpisah antara kamu, maut yang menunggu.” – Cempaka 




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters