Tuesday, January 6, 2015

Novel terbitan fajar pakeer bulan January 2015





TAJUK: YOU ARE MY MR. RIGHT
PENULIS: NIA QURRATUN’AINI
ISBN : 978-967-365-220-4

Qhayrul Wira Azreen, siapakah dia? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Jawapannya ialah bukan, bukan dan bukan. Senang cerita, dia bukanlah hero Malaya. Sejarah lalu menjadikan siapa Qhayrul pada hari ini.

Nak dijadikan cerita, satu hari Qhayrul bertemu dengan Yusra Dahliyaa. Tanpa diduga, Yusra Dahliyaa telah menyelamatkan nyawa Qhayrul lalu menyebabkan ada perasaan aneh menyusup perlahan ke dalam jiwa itu secara tiba-tiba saat mata bertentang mata. Ehem... Adakah ini namanya cinta pandang pertama?

Namun, bukan setakat itu sahaja pengakhiran pertemuan mereka. Itu baru permulaan. Qhayrul dan Yusra Dahliyaa bertentang mata sekali lagi dalam pembacaan wasiat Idrus Wira, pemilik Restoran Warisan Wira. Seumur hidup nama Idrus Wira begitu asing pada pendengaran mereka berdua. Terpinga-pinga dibuatnya, termasuklah anak kandung Idrus Wira, Isyraf Wira dan Irdina Wira. Wasiat yang ditinggalkan penuh dengan tanda tanya.

“Puan Yusra, bukan Cik Yusra. Awak tak nampak ke yang saya ni dah ada anak?”
“Tak kisahlah awak ada anak ke tidak. Suka hati sayalah nak panggil awak apa. Kalau awak masih lagi puan, macam mana ada wasiat yang mengatakan kita kena kahwin?”

Ya, betul. Kahwin. Salah satu kandungan wasiat mengatakan yang Qhayrul perlu mengahwini Yusra Dahliyaa, ibu kepada Rafi Huzaifa itu. Mulanya cuba mengelak, tetapi wasiat yang tertulis seakan-akan jalan jodoh untuk mereka.

“Buat apa saya nak tipu Encik Wira?”
“Kalau tak tipu kenapa tutup mulut tu tadi?”
“Saya tutup mulut sebab ingat Encik Wira nak...”
“Saya nak apa?”

Hari demi hari Qhayrul seperti mempunyai kuasa magis melenyapkan rasa sedih yang dipendam oleh Yusra Dahliyaa selama enam tahun yang lalu. Tanpa mereka sedari, kerana peristiwa enam tahun itulah segala-galanya terjadi. Akan tetapi, apakah ia peristiwa enam tahun yang lalu itu? Apakah sebenarnya rahsia di sebalik wasiat yang ditinggalkan? Lalu, mampukah Qhayrul Wira Azreen menjadi Mr. Right untuk Yusra Dahliyaa setelah segala-galanya terbongkar?


TAJUK: SAYANG PUAN SEBELAH RUMAH
PENULIS: ZAZA QRY
ISBN : 978-967-365-219-8

Zurin Aria, gadis kampung, dan kehidupannya bersama adik lelakinya, Amzi, amat bahagia biarpun anak yatim. Walaupun dibenci oleh salah seorang ibu saudara tetapi dia dikasihi oleh seorang lagi ibu saudara. Pertemuannya dengan seorang perempuan tua yang berkenankannya dan mahu menjodohkannya dengan cucunya, Zaqry, menjadikan kehidupan Zurin Aria kelang-kelibut. 

Zaqry, seorang lelaki yang sombong dan bergaul hanya dengan orang yang dikenalinya. Mempunyai seorang kekasih sejak kecil bernama Alana. Bercinta bukan main lama, tapi rancangan berkahwin tak pernah ada. Sebab Alana lebih pentingkan kerjaya dan Alana yakin sangat Zaqry akan terus setia. Sudahnya, bila perkahwinan Zaqry diaturkan oleh neneknya, Puan Akilah, ia mendapat tentangan Zaqry dan seluruh keluarga. Namun kerana insiden pengsan Puan Akilah, Zaqry akhirnya bersetuju. Sayang nenek punya pasal.

“Ry ikut aje apa yang tok rancangkan. Kita tak payah pening kepala fikir lagi. Ry dah setuju. So, tok cakap aje bila nak kena kahwin.” 

Hati yang walang kerana terpaksa berkahwin paksa membuatkan Zaqry meninggalkan pengantin perempuannya selepas majlis akad nikah. Tanpa melihat siapakah pengantinnya itu, dia pergi. Puan Akilah yang rasa bersalah dengan apa yang terjadi, mengaturkan pertemuan empat mata tanpa kedua-dua suami isteri itu tahu bahawa mereka akan bertemu. Berharap agar Zurin Aria dan Zaqry akan jatuh cinta tanpa dipaksa.

“Tok ni peliklah. Nanti tiba-tiba kalau Zurin jatuh cinta dengan dia, meranalah Zurin sebab dia ada Alana!”

Mampukah Zurin Aria bertahan dengan cinta yang tidak pernah terucap itu sedang dia tahu tiada cinta daripada suami? Bagaimana pula dengan Alana yang tetap mahukan Zaqry dan akan buat apa sahaja demi mendapatkan Zaqry?


TAJUK: MENANTU DARIPADA MAMA
PENULIS: MYA ARISSA
ISBN : 978-967-365-221-1

Danish Haqeem. Dia lelaki yang punya segalanya. Rupa, harta dan pangkat. Cuma satu kurangnya. Dia ego dan hatinya tertanam rasa benci kepada perempuan dan cinta. Tapi demi kasih sayang terhadap insan bergelar mama, dia sanggup melupakan seketika rasa benci tersebut. Ikatan perkahwinan dengan menantu daripada mama diterima walau tanpa rasa cinta.

Madina Aisya. Dia hanya seorang wanita dan anak yang patuh kepada kata orang tua. Dia rela kehilangan cinta terdahulu demi memenuhi hasrat ibu dan abahnya. Biarlah dia dituduh curang atau melanggar janji, dia rela. Bak kata orang, perkahwinan yang direstui keluarga mampu mencapai bahagia.

“Aku takkan sentuh kau. Lepas ni, aku akan akhiri semua ni.” 

Malam pertama perkahwinan mereka, kata-kata itu Danish ungkapkan. Danish Haqeem. 

“Saya janji, tepat setahun kita kahwin, saya akan hilangkan diri daripada pandangan awak. Dan saya takkan tinggalkan walau sebesar kuman pun apa-apa yang berkaitan dengan saya dalam hidup awak.” 

Lalu, pada malam pertama juga Dina mengikat janji. Kalau lelaki itu sendiri mahukan perpisahan, takkan dia nak menolak, kan? Tapi kalau boleh, biarlah hubungan yang diatur keluarga itu mampu buat orang tua mereka tersenyum, walau seketika.

Hidup di bawah satu bumbung. Macam-macam yang berlaku. Mereka bergaduh, berlawan kata dan masing-masing saling ingin menang. Tapi adakah pergaduhan itu mampu leraikan hubungan mereka? Adakah janji yang diikat pada malam pertama itu terlaksana? Tidak adakah rasa cinta di hati mereka? Dan mampukah Danish bahagia bersama menantu daripada mamanya? Dalam mereka cuba memenangkan perkahwinan datang pula kisah silam mengejar. Zulhelmi dan Farah Asyikin tak mahu lihat mereka bahagia!


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters