Monday, November 9, 2015

Novel terbitan lovenovel april 2015



TAJUK : TANYA DIA TENTANG CINTA
PENULIS : AMEERA AMEER
NO ISBN : 978-967-0657-70-7

BLURP:

“Kahwin dengan saya” – Ziyad

Itu kata-kata yang pernah diucapkan empat tahun dulu. Kerana itu hidup Mohd Ziyad Uzair merana. Sangkanya, cinta tulusnya dihargai tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sangkanya juga, cerita cintanya terus mati di situ tetapi pertemuan semula dengan Puteri Chempaka Emelyn merubah segala.
Menyesal? Rasa bersalah? Itulah rasa yang sering menghantui hidup Puteri selama empat tahun. Sangkanya, cerita empat tahun dulu akan terus berkubur tetapi rupanya Allah telah mengatur perancangan lain untuknya. Dia dilamar dan yang melamarnya ialah mama dan papa Ziyad sendiri!

Puteri + Ziyad = Perkahwinan?

Mungkinkah? Jika itu takdir yang Allah tulis, maka siapa mereka untuk menidakkan. Tetapi, mampukah perkahwinan yang dibina kerana ada rasa benci dan curiga menemui keserasian atau lebih tepat lagi bertahan?

“Kau tahu apa maksud aku. Kalau dulu kau boleh buat apa saja, aku rasa sekarang pun kau boleh. Cuma aku tertanya-tanya, kau kahwin dengan aku sebab apa ya? Nak aku jadi pak sanggup?” – Mohd Ziyad Uzair

Mungkin tidak bagi Ziyad tetapi bukan kepada Puteri. Tekadnya, hati Ziyad akan ditawan semula. Tetapi mampukah dia apabila Ziyad terus beku dan kaku dengan setiap godaannya?

“Awak malu ke Doktor Ziyad... melihat isteri sendiri salin baju? Saya bukannya orang lain, isteri awak juga. Lagipun dah halal cuma awak aje yang jual mahal.” – Puteri Chempaka Emelyn

Setiap kebahagiaan pasti akan datang dugaan. Oleh kerana satu peristiwa yang dirancang dan terungkainya kisah silam, perkahwinan Ziyad dan Puteri tiba-tiba dilanda badai. Benarlah, rasa cinta saja belum cukup andai kurang rasa percaya. Lalu, mampukah perkahwinan seorang gadis yang perasan hot tetapi seksi, nakal dan menggoda dengan seorang lelaki yang sejuk beku juga doktor biasa kekal hingga ke syurga apabila mereka dipaksa supaya menamatkan ikatan itu?

TAJUK : SAMURAI
PENULIS : DEKNA LEE
ISBN No : 978-967-0657-71-4

BLURP:

Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.

Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat.

“Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat

“Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur

“Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat

Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah.

“Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat

“Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur

Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang.

Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?


TAJUK : CINTA JANGAN SAKITI AKU
PENULIS : SRI SARAH
ISBN No : 978-967-0657-72-1

BLURP:
“Apa masalah Encik Zafril ni. Tak malu ke pekerja lain nampak?” – Alissa.

“Tak.” Alisa, rasa macam nak koyak mulut Zafril yang menjawab tanpa fikir. Kenapa dengan lelaki ini. Ada masalah mental ke?

Pantang nampak muka, ada sahaja perkara yang digaduhkan. Nak kata dia tidak mengalah, puas dia mengalah dengan Zafril.

“You will be okay. I will take care of you. Trust me!” - Zafril.

Makin dia cuba menjauh, makin dekat Zafril mengejar. Hati dia bukanlah sekuat mana. Bimbang juga benteng kukuh yang sekian lama dibina rapuh dek sikap Zafril yang semakin mengambil berat.

“I cintakan you, Lisa. I nak hidup dengan you. Bagi I peluang untuk tebus semua kesalahan I pada you.” – Zafril

Mampukah Alissa memaafkan kesilapan lalu yang meninggalkan luka yang mendalam di hatinya? Benarkah cinta itu menyakitkan atau mampu membahagiakan sekeping hati yang kesepian?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters