Monday, November 9, 2015

Novel terbitan kaki novel oktober 2015




AWAK JEALOUS, YE?
No. ISBN:- 978-967-0874-11-1
Jumlah muka surat:- 640

Sinopsis:
Hidup sebatang kara setelah menjadi anak yatim piatu membuatkan Balqis mengambil keputusan untuk tinggal bersama mak longnya yang merupakan pembantu rumah di Kuala Lumpur.

Pertemuan pertamanya dengan Faiz, anak sulung majikan mak longnya menanamkan rasa bencinya pada lelaki itu. Sikap ego, panas baran dan sombong Faiz benar-benar membuatkan dia naik menyampah dengan lelaki itu, tetapi sedaya upaya dia bersabar kerana mahu menjaga air muka mak longnya.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia terbuang kertas kerja Faiz ketika mengemas bilik bacaan lelaki itu. Dari situ bermulalah pelbagai insiden yang benar-benar menguji kesabarannya.

Faiz, lelaki yang tak pernah percaya pada cinta. Cinta sejati tak pernah muncul dalam kamus hidupnya kerana pangkat, wang, rupa dan kedudukannya menjadi sumpahan untuk dia kenal erti keikhlasan dalam perhubungan. Dia dahagakan cinta sejati. Munculnya Balqis melahirkan satu perasaan aneh dalam hidupnya. Untuk menghilangkan perasaan itu, dia ‘menyeksa’ Balqis. Sikap Balqis yang kelam-kabut, naif dan baik hati itu membuatkan dia semakin seronok mengenakan gadis yang secara diamdiam telah mencuri hatinya.

Luqman, adik kepada Faiz. Karakternya jauh berbeza daripada Faiz membuatkan Balqis senang berada bersamanya. Ditambah pula mereka berkongsi hobi yang sama. Perlahan-lahan Luqman rasakan keserasian lantas cintanya dihulurkan pada gadis idamannya itu.

Antara Faiz dan Luqman. Siapakah yang berjaya menakluki hati Balqis?

“Satu hari aku sedar, aku tersenyum tanpa sebab. Kemudian… barulah aku faham. Kau penyebabnya.”

AKU SIMPAN CINTA DIA
No. ISBN:- 978-967-0874-14-2
Jumlah muka surat:- 696

Sinopsis:-
Cinta Zarif kepada Nurul Iman, cinta dalam diam sejak di alam persekolahan lagi. Takdir menemukan mereka semula setelah bertahun-tahun terpisah apabila mereka bekerja di tempat yang sama.

Namun, jalan cinta mereka tidak mudah apabila Azman terlebih dahulu menyunting Nurul Iman sebagai tunangannya.

Malah, Hajar… si hitam manis yang tidak jemujemu menagih cinta Azman mengeruhkan lagi keadaan.

Menghadap Zarif yang sinis tapi mengambil berat dalam diam membuatkan hati Nurul Iman berada di persimpangan untuk memilih Azman yang kuat cemburu dan sering beralasan ataupun Zarif. Dan Hajar pula berterusan menggoda Azman.

Ya Allah, kecilnya dunia. Lelaki kurus tinggi itu dia? Dia yang menaruh hati pada aku sejak dulu? Rasa macam tak nak percaya.

“Kalau disebabkan perasaan saya, awak buat keputusan ini. Saya janji akan buang perasaan ini Iman. Saya takkan ganggu awak lagi, tapi tolonglah tarik balik surat perletakan jawatan awak tu.” ~ ZARIF

“Keputusan saya langsung tak ada kena-mengena dengan awak. Dan tentang perasaan awak, itu hak awak untuk terus menyimpannya. Tapi untuk saya, perasaan tu tak pernah wujud sejak dari mula kita bertemu lagi. Saya minta maaf.” ~ IMAN

“Kita kahwin. I sanggup bermadu, asalkan hubungan kita sah. Takkan kita nak macam ni sampai bila-bila,” ~ HAJAR

“Memang dia sayangkan I, tapi you ingat dia akan maafkan I kalau dia tahu hubungan kita? Lebih-lebih lagi di waktu sekarang ni. Nanti, tengok muka I pun dia tak ingin.” ~ AZMAN

“Andai seribu tahun lagi aku perlu menanti, waktu itu cukup singkat bagiku kerana aku mencintaimu tanpa pernah lelah.”


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters