Friday, April 19, 2013

Hari Best: Buat Project atau ke Gadong?



Khamis, April 18, 2013

Kelmarin… kawan saya, Catherine mengajak saya untuk ke rumahnya untuk siapkan project team work’s English kami. Saya cadang pukul 1. 15 petang akan sampai ke rumahnya. Tapi saya sampai ke rumahnya pukul 1. 35 petang . apbila saya sampai tiba-tiba je kawan saya keluar bagitahu ‘ shhhh’. Belum saya sempat tanya, uncle driver kami balik dah. Lepas  tu kawan saya cakap ‘ kita ke gadong’. Memang saya terkejut beruk sebabnya saya fikir kita siapkan project di rumahnya. 

Lepas tu kami start jalan pukul 1.45 petang dan kami juga singgah ke rumah Hazirah untuk ambil poster sebabnya hari April, 16/ 2013 kami buat di rumahnya jadi kami tinggalkan poster tu di rumahnya. Tapi kata Catherine, kawan kami seorang, Hazirah tak dapat ikut sebab dia ada kelas tambahan dikir. 

Kami mengambil satu jam untuk sampai ke gadong. Lepas tu bapa kepada Catherine turunkan kami di sebuah kedai. Saya tak berapa ingat apa nama kedainya. Hari tu saya juga tak bawa duit sebabnya macam rancangan mengejut aje ke gadong tu. Kalau saya tau catheine nak buta project tu di gadong, sudah tentu saya bawa duit. Tapi Catherine sendiri pun tak tau pun rancangan keluarganya dan kata Catherine juga masa during keluarga nak jalan tu, saya dengan tepat dengan masa sampai… 

Memang pengalaman pertama saya ke gadong. Selalunya keluarga saya bawa saya ke Tutong atau sengkurong aje kalau nak beli barang. Tapi memang benar , ini jadi pengalaman pertama yang sukar dilupakan. Terima kasih untuk Catherine dan keluarganya. 

Back to main topic. Apabila saya sampai ke kedai tu, Catherine cadang dia belanja kami makan asalkan b$2 kebawah aje. Jadi saya pun mula order ice –cream dan milo. Sambil- sambil tu kami berbual-bual hingga pukul 3. 30 petang.


Start dari pukul 3.30 kami mula berjalan ke mall , saya mula fikir kita akan berjalan selama 1 jam 30 min aje. Sebabnya pukul 4. 30  saya fikir kita mesti balik sebabnya … 

  • dari gadong hingga rumah Catherine ambil masa 1 jam 
  • dan uncle driver ambil saya pukul 5. 30 petang



jadi kami pun mula berjalan dari sebuah kedai ke kedai. Dan dari tingkat ke tingkat yang lain.  Tapi saya tak sangka banyak barang comel dan baju-baju yang saya fikir tak jual di brunei ada jual di mall. Macam pin, baju peplum, komik detective Conan  barang-barang anime dan sebagainya. Tapi sebenarnya ada benda yang saya nak beli untuk diberikan kepada hari jadi best friend saya. Biar sedia awal hadiah daripada karang mencari lagikan. Tapi saya tak bawa duit, mana dapat belikan…

selepas tu saya tak sangka mama’s Catherine belikan saya makanan dan minuman. Terima kasih banyak banyak. Dan juga terima kasih kerana sudi bawa saya balik walaupun lewat malam pukul 8 malam dah. 

p/s: kalau jalan lagi , bagitahu ye... hehe^^





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters