Sunday, July 21, 2013

Mr.Sirap Bandung- Nadra Yasmin


Yuhuuu, review time , Pada pendapat saya lah , kisah cinta TJ n TJ2 ni mmg best sangat2, saya rasa ini novel terbaik penulis ini. Novel ini cukup rencah ada romantic comedy, kekeluargaan , keagamaan dan masyarakat. Menangis? Yup , sedikit touching bila keinsafan menguasai diri sehinggakan pergorbanan dibuat untuk menebus kembali dosa2 lama di zaman kealphaan. 

Pertemuan pertama di lift Kiara Arena Holding membawa kepada hubungan persahabatan yang terjalin erat diantara uda dan dara, Teja @ TJ seorang kerani stor yang sangat comel , selamba dan gila-gila perwatakannya, Teja ini juga seorang anak yang bertanggungjawab dimana dia mengambil tugas abahnya yang lumpuh untuk mencari rezeki membiayai perbelanjaan keluarga, dia juga membuat kuih muih kampung untuk dijual di gerai2 dan dibawa ke ofis untuk dijual kepada rakan2nya,pada malamnya Teja juga menolong abahnya mengajar kanak2 belajar mengaji di flat tempat tinggal mereka. Betapa berat tanggung-jawap di pikul oleh Teja  ni kan. Walaupun begitu, sikapnya yang baik, peramah dan weng weng itu amat disenangi oleh rakan2 sekerjanya dan penduduk sekitar rumahnya. Pertemuan yang pertama diantara Teja dengan Thaqif Jazman, CEO baru yang disangkanya budak despact baru membuatkan kita tidak kering gusi ketawa mengekek2, ini kerana Teja amat kagum dengan kekacakan Thaqif itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Man. Teja dan rakan baiknya Jane Jenab ada satu sikap yang agak nakal dimana mrk mengklasifikasikan lelaki2 yang berkerja di syarikatnya . Jika si dia Hamsome giler, mrk mengelarnya Biskut lemak rangup berkrim ,tetapi jika dia tak hamsome, digelarnya Biskut lemak lemau, hehehee, mental tul minah2 ni. Yang bestnya si Teja ni juga memberi gelaran baru kepada Thaqif , iaitu Man Sirap Bandung, U all mesti nak tahu kenapa ya? Baca sendiri, tak kuasa i nak explain. Hehehhhee

Hubungan Teja dan “Mannya” (Thaqif) makin rapat dari hari ke hari , Thaqif senang dengan perwatakan Teja yang agak giler2 dan berterus terang, Thaqif banyak belajar dari Teja tentang liku2 kehidupan masyarakat bawahan , ya lah , Thaqif kan anak org kaya, manalah kenal erti kesusahan . Makin dia mengenali Teja , makin senang rasa dihatinya , dan dia merasakan Tejalah org yang dicari2nya selama ini. Teja pula amat senang dengan kebaikan dan senyuman Man Sirap bandungnya yang kebabom ini, setiap kali senyuman berlesung pipit Thaqif berikan padanya , sedia kali hati gediknya bergetar2, memang senget minah tu, selamba badak je dia puji Mannya itu , sehinggakan Thaqif tak kering gusi asyik ketawa dengan perangai senget minah tu, Yang bestnya , Thaqif gembira kerana Teja sanggup menjadi gerai bergerak untuknya, apa yang dia nak makan , semua Teja mampu membuatnya, Tepung Pelita, Roti Jala , Serabai , Ketayap, Karipap semua Teja mampu masak walau dengan sebelah mata je,,, hehehehhe. Mengenali Teja membuatkan rasa insaf menguasai diri Thaqif ,sehingga akhirnya dia meminta jasa baik Teja untuk mengajarnya ilmu agama , Teja membawa Thaqif bertemu abahnya untuk belajar semua itu, Yang kelakarnya , pada hari mula2 Thaqif datang ke rumah Teja, Teja dah mengenakan dia, kenakan kan apa ya? Ntah .. tak ingat.

Satu peristiwa kelakar telah membawa mereka menjalinkan ikatan cinta, asyik masyuk tul mrk berdua ini, sehinggakan Thaqif pun sanggup membuat apa sahaja untuk memenuhi permintaan buah hatinya. Untuk mengelakkan Teja mengertahui rahsianya dari mulut orang lain , Thaqif akhirnya mengaku kepada Teja yang dia adalah CEO di syarikat mereka, Teja yang pada mulanya marah akhirnya memaafkan Man sirap bandungnya itu, hubungan cinta ini terus terjalin erat tambahan lagi Jane Jenab juga menjalinkan hubungan cinta dengan teman baik Thaqif , Mike, Setiap kali mereka semua berjumpa , setiap kali lah , perkara2 lucu yang berlaku. Kih kih kih, Thaqif akhirnya meluahkan isi hatinya untuk melamar Teja, akan tetapi , hubungan ini mendapat tentangan dari mummy Thaqif , Puan Sri Wafeeqa yang merasakan Teja seorang gadis miskin yang bertudung serta rendah tahap pelajarannya tidak layak mendampingi anak tunggalnya itu, dia ingin menjodohkan Thaqif dengan Jasmeen si itik seksi , setiausaha anaknya itu, akan tetapi Thaqif tidak mahu , dan dia meminta Teja bersabar, untuk tidak mengecewakan hati mummynya, Thaqif bersetuju untuk mempertimbangkan pilihan mummynya itu tetapi dengan beberapa syarat, apo dio? Baca sendiri.

Ok lah , dah panjang rasanya review ini, rasanya lagi elok u all beli n baca novel ni, mmg berbaloi , selain dari hiburan sarat juga dengan pengajaran. Saya sangat sangat suka, bagi saya novel ni memang KEBABOOM ( terjangkit dengan bahasa TJ2, sapa TJ2 n bagaimana dia dapat nama tu ? Ntah, p beli n baca sendiri lah)  kih kih kih...


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters