Sunday, July 21, 2013

Mahar Setulus Hati- Ayu Emelda



Novel ni mengisahkan tentang Emir Nazreen yg menikahi anak majikannya yg liar, Chempaka Harlina atas rasa tanggungjawab utk membimbing gadis tu berubah. Pelbagai perkara yg dilakukan Harlina sebelum dan semasa menjadi isteri Emir supaya lelaki itu berputus asa. Tapi Emir sentiasa sabar menghadapi kerenah Harlina.


Tapi memang saya tabik spring la kat Emir sebab pandai control Harlina. Macam2 yg dilakukan untuk mengubah Harlina. So, kiranya watak Harlina tak la menyakitkan hati sangat sebab Emir pandai control dia. Slumber je dia sindir Harlina dan kawan2 Harlina sampai kawan Harlina pun takut dengan dia. Pada ketika Harlina sedih mghadapi kemalangan yg menimpa kawan2nya, Emir sentiasa di sisi. Kerana kemalangan itu la,Harlina insaf dan berubah. Mereka mula berbaik n ditambah pula Harlina disahkan mengandung.


Bila keluarga Emir datang ke Villa Chempaka, Harlina diterima baik oleh umi dan Kamelia tapi tak disenangi oleh Zety(adik bongsu Emir). Zety masih tak boleh lupakan macam mana dia dan Kamelia dihina oleh Harlina dalam masa usia remaja mereka. Disebabkan mulut Zety yang celopar, Harlina sakit hati dan rasa terhina sehingga sanggup halau keluarga Emir.

Emir tak dapat terima apa yang Harlina lakukan pada uminya. Dia sangat terluka dgn perbuatan isterinya. Dia rasa dia gagal jadi suami yg baik sebab tak pandai mendidik isteri. Antara umi da Harlina, dia harus membuat pilihan. Dia ambil keputusan tinggalkan Harlina untuk ubati luka. Harlina pula rasa bersalah dan mahu mohon maaf.


Keadaan bertambah rumit bila Emir kemalangan, koma dan lumpuh. Bila sedar, dia masih tak boleh terima Harlina. Harlina pula ambil kesempatan itu untuk memulihkan hubungannya dengan Emir. Dia jaga Emir yg lumpuh walaupun Emir anggap dia tak wujud. Keadaan dah terbalik sebab Harlina pulak yang sabar and tabah menghadap kerenah suami dia. Dia sabar layan Emir yang dingin. Eleh Emir tu menolak tapi sebenarnya nak, kononnya benci tapi sebenarnya rindu. Tapi ego!



Sampai 1 tahap, dia redha jika ditakdirkan jodoh mereka hanya setakat tu saja. Jadi dia pergi meninggalkan Emir. Hah! Time tu la baru Emir sedar yg dia sayang giler kat bini dia. Baru la nak termenung sana, termenung sini, ingat kat bini. Ish3…akhirnya, dia insaf dan sedar akan kekhilafan diri yang terlalu mengikut kata hati sehingga mengabaikan perasaan isterinya yang sarat mengandung. Sepatutnya dia yg menjaga perasaan Harlina ketika mengandung tapi sebaliknya pula yang berlaku. Dia memujuk semula isterinya dan akhirnya mereka hidup bahagia.



Novel ni sarat dengan pengajaran sebagai peringatan kepada kita, hamba Allah yang serba kekurangan. Dan yg lebih istimewanya, di setiap bab, terdapat hadis, ayat Al-Quran and lirik nasyid yang berkaitan bab tersebut. Apa yang saya boleh katakan, novel ni best. The best novel from sis Ayu Emelda!  Huhu… I Like It! 5* utk Mahar Setulus Hati by sis Ayu Emelda




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters