Thursday, October 24, 2013

NOVEL TERBITAN JEMARI SENI NOVEMBER 2013


Tajuk: Busana Nana
Penulis: Saidatul Saffaa
Terbitan Jemari Seni

Sinopsis:
bahagia itu, di suatu tempat yang tersembunyi hanya empunya diri boleh merasainya

Lubna atau Nana, gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini. Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget-menget waktu di sekolah dulu. Di kedai sepupunya, Zatil itulah dia belajar dan belajar menjahit baju.
Di situ, Nana kenal dengan AMD singkatan kepada Anak Mak Datin yang diberikan oleh Huda, kawan baiknya. Huda pernah mengusiknya dengan Si AMD itu, namun jawapannya...

“Tak nak aku orang kaya. Nanti aku jugak yang susah.”
“Lorh... apa yang susah? Cuci kaki je. Semua benda dah siap.”
“Bukan masalah tu.”
“Dah tu?”
“Anak orang kaya ni, cara hidup dia orang pelik.”

Dari situ juga Nana mencantum cebis-cebis impian bersama insan tersayang. Berjayakah dia menggapai impian saat diri teruji hingga dia rebah? Ketika itu dia sedar, kebergantungan hidup itu hanya layak untuk Allah. Bukan pada manusia.


SAIDATUL SAFFAA kembali lagi, kali ini dengan kisah yang lebih santai namun tetap penuh pengisian. Busana Nana membawa pembaca menyelami kisah si doktor kain mencari bahagia melalui jalan-Nya.

********************************


Tajuk: Aduhai Redza.
Penulis: Qaisy

Sinopsis:
dalam tak sedar, sebenarnya dia memendam perasaan pada seseorang

Kali pertama Rex bertemu dengan gadis itu, setahun yang lepas di tepi tasik. Dan entah kenapa, hatinya terus terpaut pada gadis itu. Sekelip mata gambar Tia sudah pun berada di dalam telefon bimbitnya. Bukan satu tapi enam! Semua berlaku di luar kawalannya.

Kalau aku boleh suka dia dalam diam untuk setahun lepas, dengan tak kenalnya, takkan aku tak boleh nak suka dia untuk sepuluh tahun lagi, kan? – Muhammad Redza

Hari pertamanya di tempat baharu, Tia sudah bertembung dengan ‘geng’ bermasalah. Yang seorang ceria tak cukup mulut. Yang seorang lagi pandang orang pun macam kita ni ada buat salah! Tapi, dalam pada renungannya yang tajam itu, senyumannya pula membuatkan Tia terpanar.

Senyuman dia… senyuman membunuh. Membunuh jiwa! – Tia Ameena


Namun, kerana sebuah janji yang tak tertunai, mereka terpisah. Tiada yang mahu ke depan menguraikan simpulan. Susah kalau kedua-duanya keras kepala! Yang di tengah-tengah pula sudah pening kepala. Aduh! Mungkin… bukan jodoh mereka?


QAISY bercerita tentang Rex dan Tia dalam Aduhai Redza yang belajar meniti jambatan hati untuk menyeberang laut kehidupan dengan bahasa yang santai dan manis.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters