Thursday, October 10, 2013

TERBITAN FAJAR PAKEER APRIL 2013


Tajuk: MY MISS
Penulis: Daisy Zahra

“Faham tak?Jangan tahu angguk aje!”
“Faham, cik. Saya faham.”

Maka, rasmilah Luqe Rizky sebagai pembantu rumah kepada Diya Adarina. Selama berkhidmat untuk gadis itu, pelbagai ragam yang dihadapi. Apa yang menjadi kesukaan dan kebencian Diya, cuba dipelajari sebaik yang mungkin. 

Sehingga adanya lamaran daripada seorang cikgu untuk Diya, Luqe mula gelisah. Baru dirinya sedar yang telinganya tidak lagi akan mendengar pujian tentang masakannya daripada missnya itu. Takut kehilangan missnya, keputusan nekad diambil. Dia harus memperisterikan majikannya sendiri!

“Miss, kahwin dengan saya. Saya akan jaga miss sampai bila-bila. Selagi saya mampu, saya akan jaga miss. I swear!”

Bagi Diya pula, kenapa tak? Daripada nak berkahwin dengan orang yang dia sendiri tak kenal, Luqe adalah pilihan yang lebih baik. Sudahlah lelaki itu pandai masak spageti, menu kegemarannya! Tapi, Sir Ilyas macam mana? 

Mampukah Diya dan Luqe meneruskan perhubungan yang sudah terjalin? Siapa pula Sir Ilyas dalam hidup Diya? Apakah gelaran my miss akan terus meniti di bibir Luqe? Atau, gelaran itu akan tetap kekal menjadi gelaran?

*****

Tajuk: ISTERI DENGAN SYARAT
Penulis: Nufa Shyairan

Qyrina adalah seorang gadis yang terlalu percayakan cinta. Kehilangan tunangnya, Haris, telah meragut kegembiraannya. Hanya kerana satu janji yang terpateri antara mereka, dia sanggup terus menunggu walaupun sinar bahagia seakan-akan sudah tertutup buatnya. Namun, hidupnya mula tergugat dengan kehadiran seorang lelaki. Rasa cinta terhadap bekas tunangnya itu seakan-akan diuji. Pertemuan Qyrina dengan Tengku Shah Riezq menjerat hidup mereka dengan sebuah perkahwinan.

Tiada siapa menduga apa sebenarnya yang terjadi. Haris kini kembali. Dan apa yang lebih membunuh hati Qyrina, Haris bukanlah Haris yang dahulu. Lelaki itu bukan lagi Haris tunangannya. Dia adalah lelaki yang bernafas tanpa nama Qyrina.

“Qyrina, mungkin perkahwinan kita bersyarat tetapi hati ini ikhlas mencintaimu. Melihat air matamu mengalir kerana insan lain, membuatkan hatiku pedih. Aku hanya mampu tersenyum dalam kepedihan melihat kau bersamanya. Pergilah, Qyrina, mengejar cinta hatimu, jika itulah kebahagiaanmu. Aku pasrah...”- Tengku Shah Riezq

“Riezq, maafkan saya jika terpaksa melukakan hati awak. Walau sesakit mana hati ini, cinta dia tetap tidak dapat saya padam. Dia yang pertama dan dia yang terakhir. Kerana ikrar itu saya terperangkap dalam mimpi ini.” - Qyrina

Riezq, Haris….dua insan ini akan sentiasa membuatkan hidup Qyrina merana. Siapa yang harus dipilihnya? Haruskah dia memilih Riezq sedangkan hanya nama Haris yang terpahat utuh di hatinya? Mengapa Qyrina dan Riezq ditakdirkan bersama jika hati tidak pernah bersatu? Milik siapakah cinta Qyrina apabila suami sendiri pandai menggetar sukma walau walang hati masih mengenang bekas tunangnya? Jatuh cinta sekali lagi, mungkinkah ia berlaku kepada Qyrina, isteri yang dinikahi dengan syarat?

*****


Tajuk: MR. SIRAP BANDUNG
Penulis: Nadra Yasmina

Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool. Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya. 

“Kalau awak suka seseorang... dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?”

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalamlif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini. 

“Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak di atas, tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia…”

Makin mengenali sisi seorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? Bersediakah TJ? 

“TJ... please.”
Please konon. Please taik kucing!
“Awak... awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu.”
Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak. 

TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjayakah Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka si biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cukup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters