Thursday, October 10, 2013

TERBITAN FAJAR PAKEER MEI 2013



KOREA, I'M IN LOVE / ZULIANA ABUAS

Apa akan jadi kalau tiba-tiba musuh ketat mencabar dengan cabaran yang tak masuk dek akal? Sanggupkah menerima cabaran itu semata-mata mahu mempertahankan maruah? Ke Korea dan bergambar dengan kumpulan K-Pop?

“Baiklah! Kalau aku dapat gambar-gambar lebih hebat daripada kau, apa kau nak buat? Kau nak tabik spring dekat aku dan tutup mulut kau tu?”

Disebabkan kata-kata yang sudah terlajak, Hanna, Nita dan Fara terlibat dengan cabaran yang tak masuk dek akal bagi manusia yang bijaksana seperti mereka bertiga. Namun, dek kerana maruah, Hanna berkeras hendak menyahut cabaran walaupun kedua-dua temannya tidak bersetuju pada awalnya. Demi menyahut cabaran itu dan demi melihat musuh ketatnya berputih mata, Hanna sanggup melakukan apa sahaja. Ya, apa sahaja. Tapi, dengan jalan yang betul. Bukan dengan cara kotor.

Namun, perjalanan untuk menyahut cabaran itu tidak mudah seperti yang dirancang. Pelbagai cabaran lain perlu diharungi. Biarpun begitu, dalam melalui setiap dugaan itu, mereka bertiga menemui sesuatu. Sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup mereka. 

Apakah yang mereka temui? Mampukah ‘sesuatu’ itu membawa kemenangan kepada mereka? Atau, cabaran mereka hanya tinggal cabaran?




SEBAB SAYA SUKA DIA / ELLYNE ALYANA

Dia seorang gadis yang sempurna serba-serbi sehinggalah Muhammad Amirul Adib muncul dalam hidupnya dan merosakkan segala-gala yang telah dirancang rapi. 

“Awak tahu tak betapa berdosanya seorang isteri jika menyimpan perasaan istimewa terhadap lelaki lain yang bukan suami? Afrina Airisya, saya tak nak jadi suami dayus! Ya, hubungan ni baru sahaja nak bernafas. Tapi tak bermakna awak boleh lakukan apa yang awak nak! Saya tak nak terjerat sama dalam jurang maksiat yang bakal awak lakukan dengan bekas tunang awak tu!” 
“So? Aku bukannya milik kau, Amirul Adib! Bukan milik kau untuk kau paksa aku buat itu dan ini!”
“Kau milik aku, Afrina Airisya. Semuanya milik aku. Jangan paksa aku untuk tuntut apa yang sepatutnya aku dapat malam semalam! Aku suami kau, ingat tu.” 

Tidak . Tidak dan tidak mungkin dia akan mencintai Muhammad Amirul Adib sedangkan dia percaya bahawa hatinya telah kukuh bersama lelaki yang mencintainya sepenuh hati, Afif Ezaniey. Ya , Adib pernah menjadi lelaki yang didambanya suatu ketika dahulu tetapi itu adalah cerita yang lama dan dia harus bangkit daripada terus mencintai lelaki yang tidak mungkin akan mencintainya kembali. 

“Adib, awak tak cintakan saya. Dan saya pun tak cintakan awak. Kenapa masih hendak teruskan perkahwinan ini? Saya pun ada life! Saya pun hendak hidup macam orang lain! Jadi, lepaskanlah saya. Saya yakin saya boleh hidup bahagia dengan Ezaniey!” 
“Apa dia? Saya tak cintakan awak dan awak pun tak cintakan saya. Siapa awak nak duga hati saya?

Adakah hubungan mereka akan menemui kegagalan pada akhirnya? Mampukah mereka melengkapi antara satu sama lain? Adakah Ezaniey akan kekal di hati Afrina Airisya atau Amirul Adib yang sentiasa berada di sudut hati Afrina Airisya yang paling dalam? Sebab saya suka dia… empat sebab saya suka dia…

“Sebab saya suka dia... Pertama, tiada sebab. Kedua, tiada sebab. Ketiga, tiada sebab. Dalam cinta, tak sepatutnya ada sebab mengapa kita cintakan dia kerana jika benar kita cintakan seseorang itu, kita tidak akan memandang segala kelebihan dan kekurangannya. Airisy cuma sayangkan abang dan jangan harap abang boleh tinggalkan Airisy.”



SAMPAI BILA / ANA SOFIYA

Hubungan mereka tidak bermula dengan baik. Kisah lampau Alisa menyebabkan Adnan Malik enggan menerima gadis itu sebagai isterinya. Namun, mereka berkahwin juga. Di hari pernikahan, Adnan Malik membongkar kisah silam Alisa yang tidak pernah diketahui oleh ayah gadis itu. Sisi gelap yang sengaja diselongkar dengan niat untuk memalukan. Juga, supaya perpisahan terjadi. Malangnya, dalam benci, si ibu, Fasihah, menghalang demi untuk melihat Alisa menderita digantung tidak bertali. 

Setelah puas menangisi nasib, Alisa bangkit bersama azam di hati. Bersama janji bahawa hati Adnan Malik akan ditakluki. 

Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku! Aku akan pastikan dia jilat ludah dia balik! Aku akan pastikan dia menyesal menghina ayah! Dan, aku akan pastikan dia menyesal membenci Abang Tiar. Adnan Malik, kau akan bayar balik setiap kesakitan yang kau bagi pada aku! Itu janji aku! - Alisa.

Biasalah, kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Sekarang, sedikit demi sedikit, Adnan Malik mula mengenal hati budi isterinya. Namun kerana ego, dia menafikan gelojak rasa yang melanda. 

Alisa sudah tidak mampu bertahan lagi. Kalau lama-lama nanti, bukan hati Adnan Malik yang dimiliki, tetapi takut pula hatinya yang dicuri oleh lelaki itu! Haru! Jadi, dia perlu memaknakan wasiat Bakhtiar secepat mungkin!

“Apa kata kita buat bayi tabung uji sama-sama?” 
Ya, satu cadangan gila kepada seorang lelaki normal. Apa lagi, melentinglah si suami.
“Kenapa kau nak kita buat benda tu? Bayi tabung uji konon? Kau ingat aku ni mandul ke?” 
Alisa pening. Susah sungguh untuk dia memahami seorang Adnan Malik. Cakap begini salah, cakap begitu pun salah. Habis, macam mana? Adnan Malik pula yang resah. Tahu bahawa hati sudah mula goyah. Apabila rasa benci bertukar rindu, mampukah bertahan dingin salju? Dan kalaupun mampu, sampai bila...?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters