Thursday, October 10, 2013

TERBITAN FAJAR PAKEER SEPTEMBER 2013



MURIDKU SUAMI AKU? / Cahaya Ainn

Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Ariana selamanya. 

Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanan itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Ariana dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua.

Orang kata, jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Ariana takut dan gerun dengan Akmal yang macam samseng itu, kadangkala pula timbul rasa menyampah dalam hati Ariana. 

“Kau nak tahu apa salah kau pada aku? Kau... dah buat... aku gila. Kau tak faham, hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!”

Bagaimana benci bertukar menjadi sayang? Semua ini berlaku ketika Akmal dan Ariana tersesat di dalam hutan dan menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pada malam itu dan dari situ Ariana kenal siapa Akmal sebenarnya dan Akmal, saat itu dia sedar yang hatinya sudah jatuh cinta. 

“Cuba fikirkan...”
Ariana diam. Otak terasa lembap nak loading. “Fikir apa?”
“Tentang perasaan saya... pada awak.”

Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri? Sudah itu, Ariana kan cikgu yang beretika dan berkaliber manakala Akmal penyangak kelas satu kumpulan enam jahanam.


AKU SUKA DIA / Julees

Hubungan yang asalnya sekadar hanya kenal raut wajah, mula bertukar mesra gara-gara Ian Zachry kononnya sengaja mahu menjadikan Hara orang suruhannya sebagai cara untuk Hara membayar ganti rugi atas kerosakan kereta Ian Zachry.

Dalam diam, Ian Zachry menyimpan perasaan terhadap Hara. Cukup sekadar Hara menunjukkan wajah, sudah mampu buat Ian Zachry tersenyum senang. Namun kewujudan Fajar yang Ian Zachry sendiri tidak pasti apa hubungannya dengan Hara, buat hati Ian Zachry rasa tercabar. Hara hanya akan menjadi miliknya. Hanya dia. Bukan lelaki lain.

“Gila ke aku ni? Aku suka dia? Tidak!!!”

Hara yang seboleh mungkin menidakkan perasaannya akhirnya akur yang dia juga punya perasaan yang sama seperti Ian Zachry. Hubu-ngan mereka naik satu anak tangga lagi biarpun keluarga Ian Zachry tidak merestui. Namun Ian Zachry tetap mahu memperisterikan Hara. Tapi, di saat hari bahagia semakin hampir, Hara hilang tanpa khabar berita. Dan dendam Ian Zachry mula bertapak di hati.

Masa berlalu. Hara dan Ian Zachry bertemu lagi atas nama majikan dan pekerja. Pembalasan dendam Ian Zachry bermula. Lebih malang lagi, Hara terpaksa menerima Ian Zachry sebagai suami. 

Berjayakah cinta Hara dan Ian Zachry bersatu? Siapakah Fajar di hati Hara? Atas dasar apa Hara menghilangkan diri? Sejauh mana dendam Ian Zachry mampu mengatasi rasa cintanya kepada Hara? Apakah perasaan aku suka dia hanya tinggal perasaan?




RISIK SAMA HATI / Amie Mohd

Saat mengenali Rizal Fahmi, Khaleeda tidak tahu apa istimewanya dia di mata Rizal. Dia cuma gadis biasa-biasa sahaja. Kerjaya pun tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan Rizal yang bakal menjadi pakar mata itu. Bukan dia tidak cuba mengelak. Namun makin ditepis, makin rapat Rizal datang menghimpit perasaan Khaleeda.

“Kan sekarang ni kita dah berkawan. Kalau I tak anggap you sebagai kawan takkanlah I berani keluar dengan you hari ni.”

Namun lelaki bernama Rizal itu memang tak faham bahasa.

“I tahu you faham maksud I tu tapi you sengaja nak mengelak untuk jawab, kan? Untuk pengetahuan you, I ni penyabar dan tidak kenal putus asa orangnya. I akan berusaha untuk tawan hati you. Percayalah, satu hari nanti you mesti jatuh ke tangan I.” 

Dan takdir menentu segala. Memang masin mulut Rizal apabila dia berjaya memperisterikan Khaleeda. Siapa yang tidak bahagia andai mimpi yang disulam menjadi kenyataan? Namun di celah-celah kebahagiaan yang baru dibina itu, jauh di sudut hati Khaleeda tersisip satu perasaan hampa. Selama mengenali Rizal, tidak pernah sekali pun lelaki itu meluahkan rasa sayangnya kepada Khaleeda.

Saat segala rahsia terhurai, Khaleeda kelu seribu bahasa. Rizal mengahwininya hanya untuk menyelamatkan perkahwinan kakaknya, bukannya mencintai Khaleeda sepenuh hati.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters