Friday, November 22, 2013

4 Makanan cantikan rambut

Setiap gadis pasti ingin miliki rambut rapi dan lembut bak sutera bukan ? Biasanya jika ingin miliki rambut yang lembut ala-ala iklan shampoo  kita harus rajin untuk ke salon mendapatkan rawatan yang memakan belanja berates ringgit.

Tetapi ternyata ia bukan sahaja bergantung pada rawatan yang kamu kerap lakukan sahaja. Permakanan juga memainkan peranan membantu menyihatkan sistem pertumbuhan rambut kamu….

Jadi jom kita check permakanan apa yang mampu membantu kamu miliki rambut yang sihat dan menawan!

Salmon
Ikan Salmon memang menjadi kegilaan rakyat jepun. Kandungan omega-3 yang tinggi dapat menjaga kelembapan dan kesihatan kulit kepala. Kalau kulit kepala sihat, maka rambut pun begitu juga! Oleh itu, ternyata ikan ini mempunyai banyak khasiat dan manfaanya.

Walnut
Sama seperti ikan Salmon, walnut juga di perkaya dengan kandungan omega-3. Malah, ia juga mengandungi biotin (vitamin b-complex) dan citamin E yang mempunyai kebaikan untuk mencegah rambut gugur dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Jadi, dengan mengambil walnut sebagai salah satu menu makanan,rambut kamu akan lebih terjaga dan tumbuh dengan segar.

Buah berwarna oren
Percaya atau tidak, makanan dan buah-buahan yang bewarna oren seperti lobak, limau, ubi keledek, mangga, dan masih banyak lagi mempunyai khasiat yang sihat buat rambut kita. Ini kerana, buah-buahan yang bewarna oren mengandungi zat beta-karotin yang tinggi. ia dapat menghasilkan Vitamin A yang berfungsi untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan dan kelembapan kulit kepala dan menguatkan akar rambut, serta memperbaharui sesl-sel mati di setiap helian rambut.

Telur
Telur memang menjadi kegemaran ramai lagi-lagi waktu sarapan pagi. Yang bagusnya tentang telur ialah, ia bagus untuk pertumbuhan rambut. Bukan hanya kerana kandungan protiennya yang tinggi, tetapi telur juga mempunyai kandungan zinc, selenium, sulfur, besi, dan biotin yang membantu pertumbuhan rambut dan membuatkan rambut semakin berkilau.


SHARING IS CARING :) 
SUMBER: REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters