Friday, November 22, 2013

Jom tambahkan berat badan!


A : Kenapa kau macam sedih je ni ? kau ada masalah ke ?
B : Hmmm, aku tak tau macam mana nak cakap. Tapi kau tengok aku ni macam mana ?
A : Maksud kau ?
B : Aku ni kurus sangat kan ? Macam mana aku nak naikan berat badan ek ? dah macam-macam aku cuba tapi gagal!
A : Ko jangan risau! Kau makanlah banyak-banyak, nanti kau naik lah berat badan.
B : Aku dah cuba dah! Tapi badan aku tetap macam ni! Malunya! Orang tengok aku mesti ingat aku ni tak sihat!

Hmmm, pernah tak korang mengalami situasi macm ni ?
Dah macam-macam cara kamu lakukan untuk menaikkan berat badan namu gagal juga ?

Jangan bersedih! Jom kita check --> naikkan berat badan kamu!

Tetapi harus di ingat, untuk menambah berat badan, kamu harus mengimbangkan makanan dengan kandungan nutrisi seimbang, iaitu makanan berprotein tinggi, karbohidrat tinggi, dan lemak sehat.

→      AMBIL MAKANAN BERKARBOHIDRAT
Lebihkan pengambilan roti gandum, beras merah, dan ubi, yang mengandung karbohidrat kompleks. Pengambilan sumber makanan yang berkarbohidrat sangat-sangatlah digalakan jika kamu ingin menambahkan berat badan. Jadi, jangan lupa pastikan sumber ini sentiasa ada dalam pinggan makanan kamu.

→      MAKAN DENGAN KERAP
Ramai yang keliru, mereka menganggap jumlah suapan memainkan peranan dalam menambahkan berat badan. Hakikatnya, kekerapan kamu makan dapat membantu kamu. Oleh itu, jika selalunya kamu memakan 2 kali sehari, tukarkan lah pada 5 kali sehari atau mungkin 6 kali sehari.

→      HINDARI JUNK FOOD & FAST FOOD
Ada sesetengah orang berkata, mengambil makanan ringan dapat membantu kamu menaikan berat badan. Ya, memang tidak di nafikan burger, pizza, makanan ringan, makanan segera dan minuman berkabonat semua tu mempunyai kandungan kolestrol dan lemak yang tinggi. Tidak di nafikan juga ia boleh mengemukan badan kamu dalam sekelip mata. Namun, harus di ingat, ia adalah cara yang salah! Bukan apa, jika kamu mengambilnya dalam kuantiti yang terlebih atau terlalu banyak takut-takut nanti ada pula yang berpenyakit seperti sakit jantung, kencing manis, dan strok nanti. Jadi, gantikan makanan kamu itu kepada makanan yang lebih sihat!

→      JANGAN MULAKAN DENGAN MINUM
Untuk individu yang ingin kurangkan berat badan, mereka di galakan untuk minum dahulu sebelum makan. Untuk individu seperti kamu pula, bertentangan caranya. Jangan mulakan makan dengan minum kerana ia akan membuatkan kamu lebih cepat terasa kenyang dan akhirnya akan membuatkan kamu berhenti makan. Macam mana nak naik berat badan jika kamu sendiri mudah terasa kenyang dan sebu ?

→      MINUM JUS BUAH-BUAHAN
Ambil minuman jus buah-buahan terutamanya yang mempunyai kadar karbohidrat dan serat yang tinggi seperti avocado. Elakan daripada mengambil minuman seperti kopi dan tentunya akohol. Ia bukan sahaja membuatkan kamu gemuk dalam keadaan tidak sihat.Gantikan pengambilan kefein dengan secawan teh. Ia bukan sahaja menyihatkan malah menyegarkan badan.

→      AMBIL MANISAN
Tiada salahnya jika sekali sekali kamu mengambil manisan sebagai menu makanan kamu di waktu lapang seperti makan petang atau mungkin selepas makan malam. Tetapi harus di ingat, jangan berlebihan pula ya. Gemuk di sebabkan manis pun tak elok juga. Boleh menyebabkan kencing manis. Jangan terkejut, orang yang kurus pun boleh menghidapi masalah kencing manis.

→      BERSENAM
Lakukan senaman tekan tubi. Pasti kamu akan berkata “eh, aku nak naikkan berat badan bukannya nak kurus” kan ? Nah, jangan risau! Senaman tidak bermaksud kamu akan kurus. Ada pelbagai senaman untuk badan. Maka pilihlah senaman yang mampu membina dan menambah otot bukannya lemak ya.

→      MAKANAN TAMBAHAN
Jika kamu susah untuk mengubah gaya makan kamu, apa kata ambil supplement tambahan seperti vitamin B membantu mencerna nutrisi yang diambil. Tetapi harus di ingat, segala ubat-ubatan yang kamu ambil itu pastikan sudah mendapat persetujuan dan syor oleh pakar dan doktor ya!

→      REHAT SECUKUPNYA
Mungkin kerana terlalu penat dan tidak mendapat rehat yang secukupnya membuatkan berat badan kamu tidak ideal dan turun mendadak. Jadi, apa kata dapatkan rehat yang secukupnya. Jangan ambil remeh!ini kerana tidur dapat memberi waktu pada tubuh kamu untuk berehat dan relax maka segala sistem di dalam badan akan berfungsi dengan normal. Jadi jangan lupa dapatkan rehat secukupnya!


SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters