Friday, November 22, 2013

Belahan rambut & keperibadianmu!


Tahukah kamu, belahan rambut yang kamu sering lakukan ketika menyikat rambut sebenarnya melambangkan keperibadian kamu. Ayuh, ketahuinya!

☛  BELAHAN RAMBUT SEBELAH KANAN
Kamu yang memiliki belahan rambut sebelah kanan mempunyai sifat sentimental yang cukup tinggi atau dengan kata lain, sangat perasa orangnya. Sering menggunakan perasaan terhadap sesuatu pekara, kamu juga seorang yang bersikap terbuka, murah hati dan di sukai kerana memiliki keperibadian yang penyayang.

☛  BELAHAN RAMBUT SEBELAH KIRI
Bagi orang dengan belahan rambut sebelah kiri memiliki sifat ketegasan yang baik.ini kerana kamu mengutamakan logika dan mudah menemukan penyelesaian yang adil. Orang seperti ini mempunyai sikap teratur dan terurus sehingga kamu mampu fokus untuk mencapai sesuatu tujuan.

☛  BELAHAN RAMBUT DI TENGAH
Pemiliki belahan rambut di tengah pula memiliki pola fikiran yang seimbang. Keseimbangan ini menjadi daya tarikan orang di sekeliling kerana kamu mempunyai gaya yang santai dan baik kerana selalu berfikiran secara seimbang dan tahu saat bila kamu harus ke belakang dalam suatu keadaan.

☛  TIADA BELAHAN RAMBUT
Rambut tanpa belahan menandaqkan kamu seorang yang berfikiran imaginative. Kamu tergolong dalam kelompok orang yang kreatif kerana sentiasa mempunyai idea pada waktu-waktu getir. Selain itu, kamu juga seorang yang misteri namun punya sedikit sisi manja


SHARING IS CARING^^
SUMBER: REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters